Pengikut Setia

Monday 30 July 2012

Resepi #1 - Trifle Puding

Salam Isnin u ols...

Pepagi bute nie sebelum stat wat keje, aku rasa better aku wat entry ni.. sebelum aku lupa ingatan or mood malas datang menyerap dalam tubuh, baik buat awal2 kan..hihihi

Resepi nie adalah request dr beberapa org kawan (namanya dirahsiakan).. Dan disebabkan aku letih nk menaip resepi panjang-panjang dalam enpon.. aku buh je la resepi nie kat sini k.. sile la kopipes n try buat.. rasenya mmg mabelessssss.. 

Trifle


Bahan A.
2 kotak London Roll (asst. flavor) - kek gulung mane2 brand pun boleh.

Bahan B
3 cawan susu kotak / setin susu sejat - sy guna 3/4 tin jer
3 sudubesar tepung kastad
Beberapa titik esen vanila- utk bau wangi
3 sudu besar gula

Bahan C
1 bungkus jelly  - jenama Nona ( asst. flavor) - sy guna peria rasberry
2 cawan air 

Bahan D
1 tin buah koktel

Cara
Potong bahan A dan susun dalam bekas plastik padat-padat.
Campurkan kesemua bahan B ke dalam periuk kecil. Masak atas api perlahan. Kacau supaya tidak bergentel. Apabila pekat, tutup api.
Bancuh bahan C sehingga gula larut.
Tuang air sirap koktel dari bahan D ke atas kek yang telah disusun. Bagi basah2 kek tu jer. Jangan sampai banjir pulak yer. ;p
Susun sebahagian buah koktel di atas kek cantik2
Tuangkan bahan B diatas lapisan koktel.
Susun lagi baki koktel buah koktel. Biar seketika.


Akhir sekali tuang bahan C senduk demi senduk supaya buah koktel tak berserabai..dan masukkan dalam peti sejuk.

camni lah rupanya bile dah siap nnt..
pic credit to google * sbb aku dah terdelete pic dlm hp*

Ready to eat!!

No comments:

Post a Comment