Pengikut Setia

Friday 7 October 2011

Aku dan Blog

Memandangkan blog aku ini (diulang suara : yang ini) masih baru dan orang-orang disekeliling aku kerap bertanya, “apebendala syok sangat blog ni, ko da takde kerja lain ke nak buat? Pegi bersenam ke ape ke, perot da makin boroi mengadap laptop je memanjang…” (lebih kurang la ayatnya begitu). Terasa gak la hati kecil aku ni. Mungkin mereka tak punyai perasaan seni contemporary ataupun mmg dorang buta seni.. kuikuikuikimacam atau mungkin mereka dengki dengan kondisi perut aku yang makin comel? Ah… pedulikan apa yang lain kata.

Aku start berblog secara sambil lewa bermula awal 2007, dan bermula berblog secara konsisten pada Nov 2007.. Aku tulis blog tidaklah terlalu focus pada sesetengah topics, mungkin sebab aku passion mengenai banyak perkara & banyak benda. Dan mungkin kerana campuran berbagai topics menyebabkan kepuasan itu datang dibandingkan dengan blog yang hanya berkisarkan satu perkara semata-mata.

Blog sepatutnya menunjukkan sifat. Jika anda memberikan perhatian terhadap sifat kemanusian seseorang, anda mungkin akan berfikir dalam perspektif yang baru mengenai seseorang itu dan blognya dan ini adalah satu sebab kenapa bagus untuk kita baca blog baru atau lama. Kita mungkin tak mau baca cerita seseorang itu menulis mengenai tripnya ke Zoo Negara, segala ceruk dalam zoo tu semua nak cerita habis-habisan, tapi ia mungkin akan menjadi menarik untuk membaca mengenai pemikiran, persoalan dalam otak mereka. Frankly I want to read about things that make us feel human. For me, it’s the humanity I want to see in a blog that keeps me coming back for more.

Tujuan utama aku berblog sebelum ini kononnya adalah untuk mendokumentasikan mengenasi perasaan, pemikiran dan perkara yang hari-hari aku buat. Menjadi extrovert, mengira kemungkinan orang lain akan baca segala apa yang aku tulis dan menjadi salah satu sumber kekuatan untuk aku terus hidup dan berfikir. Hahaha… insane. Tapi itulah sebenar tujuan utama dahulu dan aku rasa blogger yang lain pun mungkin ada yang berfikiran macam aku rasanya. (Mengharap orang lain akan baca dan respon dengan apa yang kita tulis). My blog is now very much an expression of myself thought dream and fears. Terima kasih kepada sesiapa yang pernah respon selama ini. Yay!

Disebabkan entry kali ini makin panjang dan makin mengarut, maka aku akan senaraikan 10 kemungkinan kenapa aku dan korang ske berblog.
  • Aku berblog dan membaca blog kerana informasi itu adalah satu kuasa. Ia akan menyerap dan akan diserap oleh orang lain. Aku tak mau ditinggalkan oleh teknologi. Korang?
  • Aku suka berblog kerana ianya adalah satu tempat yang membolehkan aku tulis sesuatu yang aku nak cakap dengan pantas. Aku berblog supaya aku dpt luahkan apa yang aku pikir. Korang?
  • Aku berblog untuk menjadikan pengalaman itu lebih transparent. Korang?
  • Aku berblog kerana aku seorang yang emosional, mudah hilang punca dan mudah bosan. Korang?
  • Aku berblog kerana aku nak menyertai komuniti orang-orang yang aku respect dan kagum. Korang?
  • Aku berblog kerana aku ingin lari dari kehidupan normal yang seperti katak dibawah tempurung, serta berjumpa dengan kenalan baru. Kadang kala lebih mudah untuk open minded dengan orang yang kita tak kenal, tak pernah jumpa daripada orang-orang kita kenal. Korang?
  • Aku berblog kerana aku ingin mengasah bakat penulisan dan segala bakat-bakat yang aku ada dan mahu jadikan blog sebagai medium untuk tonjolkan bakat serta menjadi online portfolio. Korang?
  • Aku berblog kerana aku pikir aku anggap ianya sebagai diary online dan aku tak kisah orang lain baca dan berkongsi. Korang?
  • Aku berblog kerana aku nak cari duit lebih, mahu kaya, nak jana wang dari blog beriban-riban dan menjadi internet entrepreneur yang berjaya.(tp xde kaye2 pun smpi skang..;p.. korang?
  • Aku berblog kerana aku addicted ..

Jadi korang semua, fikirkan kenapa korang berblog, kerana pada aku, kalau kita pusing-pusing fikirkan balik, semuanya akan berbalik kepada life. Aku tak salahkan sesiapa yg nak tulis pasal life mereka dalam blog sampai meleret-leret panjang, their thought and kita patut hormat. “Ini blog aku, aku nak tulis apa pun, aku punya suka, ko pedulik apa?, tak suka jangan baca”. Banyak ayat-ayat lebih kurang macam tu aku pernah baca dalam blog. So nevermind i do respect what your think.

Menaip berbeza dengan apa yang aku tulis menggunakan pen. Pen itu lebih dekat dengan hati dan sentimental. Menaip (blog) itu adalah sesuatu yang lebih kepada benda yang datang dari otak kita. Menulis ketika kita tidak berfikir, hanya menulis mengikut flow kepala otak. Renung-renungkan!

p/s : Aku lepas menaip jarang check balik apa yang aku tulis dan baca balik apa yang aku tulis, entah betul ke tidak, entah relevan ke tidak. Segala typing error dan sebagainya aku kadang-kadang dan tak sedar dan hanya akan sedar bila orang bagitau balik.so please correct me if i'm wrong..Sekian..

4 comments:

  1. kesimpulannya kite ni sukakan blog kan?
    hehehehhe teruskan berblog...betul 10 things tuh, yana pun setuju

    ReplyDelete
  2. kite berblog sbb boring kat opis kat xde keje. pastu suke nk share perjalanan hidup yg x bape best nie kpd semua. pastu senang nk ingt benda kot2 terlupe, bleh refer blog..best =p mcm diari jgk sbnrnya..cume diari ni org laen bleh bace hihih..x terlalu personal & lebih santai =p

    ReplyDelete
  3. :)
    bermacam2 sebab knpa org berblog...
    kalo shida sebab nk share info, pengalaman dan jugak ilmu...walaupon sedikit..xpa..asalkan ada..dan ada yg dpt input itu.. :)

    ReplyDelete
  4. pja pon x penah check pas tulih...wahaahahaha

    ReplyDelete