Semalam, seorang wakil ibu bapa dah pergi mengadap bahagian pentadbiran skool Alif. Kire jumpe on behalf parent2 yg lain lah.. kang turun ramai2.. kecoh pula kan.. Lame jugak lah dorang berdiskusi.. masing2 cuba nak membela diri masing2.. tp akhirnya mereka akur.. dorang di beri mandat dan kepercayaan oleh semua ibubapa yg menhantar anak-anak disitu.. so tanggungjawab dorang utk memastikan semuanya berada dalam keadaan sempurna dan selamat.. Kami bukan hantar anak-anak secara percuma.. Kami bayar oke.. !! segala perbelanjaan anak2 kami sediakan..segala kelengkapan anak-anak, dari segi sabun bedak, syampoo, pempes, baju seluar.. semua kami dah sediakan.. cuma kami ibu bapa nie mohon sedikit tenaga dan perhatian saja dari cekgi2 utk menjaga anak-anak kami.. dari jam 7pg hingga 6 ptg.. itu saja.. Aku taw, kerja di skool Alif tue tidak lah semudah kata.. bukan senang nak mengawal anak-anak yg ramai dan mempunyai pelbagai ragam.. but they have to.. itu bidang dorang.. seharusnya dorang tau camana nak handle situasi berdepan dgn anak-anak itu.. Dorang terlatih...lainlah kalu pengasuh tak berdaftar.. yg menjaga anak-anak org di rumah.. itu lain ceritanya..
Setelah ape yg berlaku semalam.. dan setelah perbincangan mendapat kata sepakat.. mereka mohon diberi peluang utk memperbaiki segala kekurangan.. dan aku rase, sebagai manusia yg bleyh bertolak ansur.. kami masih sudi nk bagi dorang peluang.. Kami harap peluang yg kami bagi, dorang tak sia-siakan.. Dan setelah aku berbincang dgn suami, kami pun mengambil keputusan utk terus menghantar Alif di situ.. bukannya kami berniat nak ambil risiko.. dan bukannya kami tak sayangkan anak.. tp kami cuba utk beri peluang pd mereka.. Lagiupn dengan kerjaya kami berdua skang nie.. mmg agak sukar utk membuat pilihan mencari skool yg lebih jauh dari pejabat. Skool yg sekarang ini adalah pilihan yg terbaik yg kami ada.. cuma masalahnya.. hanya cekgi2nya yg 2 ORANG itu saja. Diharapkan takkan ada lagi insiden2 kanak-kanak dijumpai melilau diluar kawasan skool.. dan aku sdiri dah pun slow talk dgn cekgi2 yg jaga Alif supaya mengajar Alif cara nak makan sdiri secara slow2.. kalo perlu, suapkan dahulu utk seminggu dua nie sehingga dia mahir menggunakan tangannya sendiri.. dan aku minta dorang pantau Alif lebih sikit.. sbb aku kenal anak aku.. die mmg super aktif.. dan jenis tak reti penat.. diminta cekgi2nya utk lebih bersabar melayan karenah anak aku yg sorang itu sehingga die sudah boleh mbiasakan dirinya dgn environment baru.. semuanya aku sampaikan dengan cara yg baik.. dgn cara yg bersopan.. dan aku harap dorang bleyh faham bahasa melayu aku..
Sekian.
No comments:
Post a Comment