Pengikut Setia

Thursday, 2 June 2011

Tentang Alif Lagi~

Rase tidak sah kalo sehari tidak bercerita tentang anak kesayangan aku si Alif Rayyan Rafiqi. Sejak dia lahir ke dunia, sudah menjadi satu kebiasaan untuk aku bercerita tentang dia. Mungkin ada yang sudah muak dengan cerita-cerita aku, tp aku tak kisah.. ini belog aku.. peduli lah apa orang nak kata. :)


Ok. kali ini aku nak bercerita tentang perkembangan terbaru Alif. Seperti yang kawan2 semua tahu, Alif sudah pun mula berjalan. Walaupun masih terhegeh-hegeh, tapi sekarang dia sudah semakin gigih untuk berjalan sendiri. Kalau sebelum ini, setiap kali dia bertatih.. asal jatuh saja dia akan mula putus asa dan kembali merangkak..tp sekarang perkara itu sudah tidak berlaku. Dia akan berusaha untuk berdiri semula dan kembali melangkah dengan berani. Alif sudah semakin suka berjalan. Pendek kata berjalan adalah satu perkara yang paling best dalam hidup dia saat ini. Ibu dan ayah pun sudah tak diendahkan lagi. Alif..Alif..


Benar kata orang, mempunyai anak yg baru mendapat kaki (berjalan) memang sangat memenatkan. Ibu dan ayah sudah tidak boleh tengok tv dengan khusyuk dan tawadduk lagi kerana perlu memantau anak yg sedang bersemangat mahu tawaf keliling rumah. Tempat yang Alif paling suka pergi adalah ke arah peti ais di dapur, dan juga di beranda rumah kami. Dalam keadaan terkedek-kedek, die berusaha sungguh-sungguh melangkah sehingga sampai ke destinasi yang di tujunya. Dan aku sebagai pemantau, tak duduk diam juga kerana terpaksa mengekorinya. 


Tadi petang, kami singgah di Alamanda dengan tujuan membayar bil Maxis. Oleh kerana tidak membawa stroller dan Alif pula tidak berkasut, ayahnya lah yang terpaksa mendukung si dompot itu. Sampai di Maxis Centre, servis bertukar tangan. Sambil-sambil ayah membayar bil sambil ibu cuci mata. Alif pun same. Dan disebabkan anak bujang itu sudah mampu berjalan sendiri, maka die meronta-ronta, siap jerit-jerit minta diturunkan ke bawah. Nak berjalan sendiri lah kononnya. Aku turunkan juga walaupun dalam keadaan dia tidak berkasut. Dapat saja jejakkan kaki ke lantai, laju saja dia menonong menuju ke belon-belon berwarna hijau yang disusun cantik di depan pintu masuk ke Maxis Centre itu. Belum pun dia sempat menyentuh dan merembat belon-belon itu, aku dgn pantas menarik dan mendukung dia semula. Bukan apa, bimbang belon-belon itu meletop dikerjakan Alif. Satu hal pula hendak menggantikan belon-belon itu nanti. Alif apalagi, mengamuk lah minta dilepaskan. OMG! begini rupanya rasa bila anak sudah boleh berjalan. Tak menang tangan. Mujurlah ayahnya sudah selesai bayar bil ketika itu. Terus didukung Alif, bawa masuk ke Carefour. Terlepas satu masalah. :)


Berita mengenai Alif sudah boleh berjalan disambut gembira sambil lompat-lompat bintang oleh Tok Ma dan Tok Abah. Memang sebelum ini Tok Ma kerap bertanya tentang perkembangan cucunya yang sorang ini. Dari hal tumbuhnya sebatang gigi, hinggalah ke hal Alif sudah boleh berjalan. Serba serbi perkembangan Alif haruslah dilaporkan pada Tok Ma. Tok Ma akan menyoal itu dan ini kalo jawapan yang aku berikan pada soalan-soalannya tidak menepati kriteria yang di inginkan. Sudah macam polis pencen. huhuw~ Tetapi walauapapun aku tahu, Tok Ma hanya inginkan yang terbaik untuk Alif. Almaklumlah Alif kan cucu sulung. :)


Minggu depan , Alif perlu ke KKPJ untuk check up. Aku tidak pasti temujanji kali ini untuk apa. Mungkin nurse nak tahu progress Alif sebab masa check up di usia Alif setahun, Alif masih belum mampu berjalan lagi. setahu aku, kalau mengikut jadual dalam buku kesihatan Alif.. temujanji yang seterusnya adalah pada usia 1 tahun 6 Bulan, sedangkan Alif baru hendak masuk 1 tahun 3 bulan pada 15 June nanti. Mahu tidak mahu aku terpaksa juga memenuhi temujanji tersebut. Tidak sabar rasanya mahu beritahu pada nurse yang merawat  bahawa Alif sudah boleh berjalan sendiri..:)


 Ok lah. Tiba-tiba aku terasa mengantuk. Jadi, berjumpa lagi di lain entry..


Ok bai.








No comments:

Post a Comment