Pengikut Setia

Friday, 3 June 2011

Pecah Laju (Versi Zizan) untuk Hari Ini..

Hari ini aku EL, terbangun lewat gara-gara malam tadi tidak dapat tidur lena akibat sakit perut yg teramat sangat.. orang lain mengalami period pain pada awal-awal datangnya period , tapi aku pulak mengalaminya ketika dah masuk hari ketiga. Pelik...


Ok berbalik kepada tajuk sebenar entry ini, aku cuma hendak share apa yang kami makan dipagi hari jumaat ini. *sedih sebab tidak dapat berpuasa pada 1 Rejab .. tapi tidak mengapa, Rejab baru sahaja bermula.. :) ok, pagi ini husband request aku sediakan spagetti bolognese untuk sarapan paginya.  Dah macam mat saleh pula nak makan pasta for breakfast.. tetapi memandangkan bahan-bahan tersedia lengkap di rumah..aku pun dengan lapang dada menyediakan menu seperti yang diminta..Untuk si kecil, haruslah menu western jugak.. hehehe.. seperti semalam, aku mengulangi menu yang sama untuk Alif iaitu Macaroni Cheese.







menu breakfast untuk ayah dan anak





macaroni cheese untuk si kecilku


Cara-cara aku menyediakan 2 menu diatas ini adalah seperti berikut :-



SPAGGETTI BOLOGNESE



Bahan-bahan:

Spagetti San Remo

Sos Spagetti Kimball

Isi Ayam (dipotong dadu)

Secubit Garam

1/2 cawan air.



Cara menyediakan:-

-didihkan air dalam periuk

-masukkan spagetti San Remo ke dalam periuk dan bubuh secubit garam.(biarkan sehingga kembang)



Sos Bolognese

-masukkan 2 sudu minyak masak di dalam kuali.

-masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu.

-gaul ayam sehingga masak.

-masukkan sos Spaggetti Kimball..

-gaul isi ayam dan sos spaggetti sehingga sebati.

-masukkan 1/2 cawan air utk lebih kuah.

-panaskan kuah sehingga mendidih.





MACARONI CHEESE



Bahan-bahan :-

Macaroni San Remo

Hirisan Cheddar Cheese

Cheese Powder

Susu Pekat Manis



Cara Menyediakannya:-



-rebus macaroni sama cara dengan merebus spaggetti di atas.

-setelah kembang,toss kan macaroni.

-kemudian, masukkan macaroni yang telah di toss ke dalam periuk kosong yang telah dipanaskan diatas dapur.

-masukkan cheese powder secukup rasa dan gaul

-masukkan hirisan cheddar cheese secukup rase dan gaul lagi.

- bancuhkan 1/4 cawan susu pekat manis..dan masukkan ke dalam periuk berisi macaroni,cheese powder dan hirisan cheddar cheese dan gaul sehinga sebati.

-kemudian masukkan dalam mangkuk.. dan sedia di makan.



selamat mencuba dan selamat menjamu selera :)



okbai.

No comments:

Post a Comment