Pengikut Setia

Thursday 3 May 2012

Thalassemia

Terdapat dua jenis Thalassemia iaitu:

A.Thalassemia Minor : Thalassemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talassemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda thalassemia atau pembawa.Kesan thalassemia mungkin hanya kelihatan setelah pesakit memasuki alam persekolahan.Kadangkala pesakit tiada simptom langsung dan penyakitnya hanya dikesan melalui ujian darah contohnya semasa mengandung.


B.Thalassemia Major : Thalassemia Major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka thalassemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda thalassemia.Pemindahan darah diperlukan tiga hingga empat minggu sekali untuk mengekalkan tahap HB yang optima.Penerimaan darah berterusan menyebabkan lebihan zat besi yang terkumpul di dalam badan.Lebihan zat besi ini boleh merosakkan jantung,hati dan pankreas yang mengakibatkan pesakit menemui ajal semasa remaja.


** rasanya mungkin aku dikategori A, before this xde simptom2 lansung kecuali penat, pening2 dan dikenalpasti selepas ujian darah ketika hamil *yang 2nd nie.. + sejarah HB low aku yang tak berkesudahan sejak dr mengandungkan Alif lagi..  Selasa depan, aku terpaksa buat ujian darah ulangan, untuk mengenal pasti masalah darah aku, adakah aku benar2 penghidap Thalassemia atau hanya penghidap Anemia sahaja.. apapun 2-2 penyakit tu buat aku rase susah ati setakat nie.. Doakan yang terbaik utk aku ye kawan2.. 

No comments:

Post a Comment