Pengikut Setia

Tuesday 17 April 2012

Perkembangan Alif setelah 2 tahun..



Lame dah aku tak apdet pasal hero aku yg sorang nie kan..
Usia Alif genap 2 tahun pada 15 Mac 2012 tempohari..
rasa macam baru je lahirkan die..  dah besar upenya ank bujang aku nie
mmg sgt penat melayan karenah die yg tak sudah2..

Sesungguhnya , pada pemerhatian aku.. Alif membesar dengan baik..
Dia seorang yang aktif, seorang yg lasak, cepat belajar dan petah orgnya..
Bila dilihat diawal pembesarannya, progress alif agak slow
Die mula bertatih merangkak di usia 6 bulan, bertatih jalan di usia setahun
dan dah mula melangkah bergaya di usia setahun 4 bulan.
Gigi pertamanya pula tumbuh ketika usianya setahun..
Dan kini , dah berusia 2 tahun pun giginya masih belum penuh..
hanya ade 6 batang gigi bawah dan 6 batang gigi atas.
yang istimewa ttg Alif pada aku, die mula boleh menyebut beberapa perkataan di uisa 10 bulan.
yang dalam bahasa Jerman tu usah kate lah.. 7-8 bulan dh menceceh..
Mama kate, alif sama macam aku mase kecik..
cepat bercakap berbanding berjalan..tp gigi aku dh penuh mase setahun lagi..
yang tu je die tak ikut aku.. hehehehe
tapi ade baiknya jugak sbb gigi aku nie
 wlupun naik penuh awal.. mama kate luruhnya pun awal juga..

Alif mula boleh menyebut simple2 word sewaktu usianya 10 bulan.
perkataan pertama yg disebutnya adalah Ball..dan die mmg sukekan ball..sgt sukekan.. 
Die bleyh menyebut Ayah, bird, car sewaktu usianya setahun.
tp boleh menyebut 'ibu' ketika dia berusia setahun 7 bulan , kalo tak asik 'awak' aje lah..
dan mula boleh bercakap dalam satu gabungan ayat sewaktu setahun 7 bulan.
sebagai contoh " ibu, nak susu" or "Ibu nak makan"
kini di usianya 2 tahun.. mulutnya dah macam bertih jagung..
menceceh macam org tua kata Tok Ma die..
and paling seronok bila die nampaknya kurang pelat..
mungkin kerana kami dirumah membiasakan die menyebut perkataan yg sebenar
bukan dalam pelat budak-budak.. 

dan sekarang apa yang lebih membuatkan aku merasa seronok melihat perkembangan dia..
apabila die sudah mampu mengira 1-10 dgn lancar
di dalam BM, mahupun BI.(one,two, three)
kalo ABC die baru pas smpi E jer..
kalo Alif , Ba, ta.. baru sampi Ho.. itu pun kene nyanyi versi  lagu Huruf Hijaiyah..
dan kegemarannya ialah menyanyi..
dia mampu menyayi lagu Burung Kakak Tua sehingga habis..
mampu nyanyi twinkle-twinkle little star dgn baik
dan yang mebuatkan aku teruja die mampu mengikut bait-bait zikir 
yang selalu aku dan ayahnya dodoikan ketika dia  nak tido.
dan selalu kami pasang di TV selepas maghrib di Astro Oasis.
SubhanAllah dan Hasbi Rabbi tue mmg menjadi zikir pebret die.
Sejuk perut ibu dik tgk awak bleyh nanyi lagu tu..
wlupun tidak selancar ibu tp ibu senang hati sgt
bila tgk awak leyh nyanyi dan tau setiap sambungan zikir2 tue..

Alif juga sudah pandai mengunakan perkataan-perkataan , bersesuaian dgn perbuatanya..
Sebagai contoh, bila die sakit  die akan kata " Adoi, sakitnya..."
Bila die makan sesuatu yg sedap dia akan kata " urm.. sedapnyaaaa"
Bila dia marah dan takmau org ganggu, dia akan kata " ish.. janganlah kacau"
bila die lapar die akana kata " ibu, nak makan, lapar laa"
Bila die nak tido dia akan kata "ibu, nak susu, ank tido..."
bila dia cium sesuatu yg busuk dia kan cakap " eee, busyuknyerrr.."
kalo die nampak kitorang siap2 nak g jalan dia akan cakap.."Ibu, mane baju, mane seluar,mane kasut.."
then bila dah siap pakai baju die kata " yeay yeay.. nak jalan-jalan"
bile die naik moto ronda2 dgn ayahnya.. dan die nak aku ikut same..
dia akan kate,"ibu, jom naik2.. duk shini.. duk shini.." smbil tunjuk seat belakang yg kosong..
dan alif juga dah bleyh membezakan, sejuk, panas(hot), masam, pedas dan manis..
juga melalui perkataan2nya..
tp yang tak ebst bila tanya.. "alif, ayah baik ke jahat?"
dia akan jawab "ayah baikk" siap dgn muka2 promote ayah die baik..
tp bile aku tanya "alif, ibu baik ke jahat?"
die jawab "ibu baik jahat!" dgn muka selamba.. motif kau nak?? grrrrr..

Skang die dah taw ape nak jawab bila org tanye die sapa nama ayah die, sapa nama ibu die..
kalo tanya "nama ayah ape?" .. die jawab "Amer"
"ibu nama apa?".. die jawab " chu(jue)"
"angah nama ape?" die jawab "boyyyy"
"ashu nama ape?" die jawab "jeti (zetty)"
"tokma?"  die jawab "aniiiiii!"
"ninik?" die jawab "acim(hashim)"
"nama wak ape?" .. die jawab " abang"... erk!!.. abang kunun.. x padan dgn kenit.. hahahaha
Kalo tanya, "baby mana ?".. die terus g kat perut aku and kiss.. pastu cakap.."ni baby....!"
u mmg seorang abang yg sgt sweet la sayang..
jangan nanti adik dah kuar , awak buli adik dah la yer.. jgn notty2 la harapnye yer..:)

banyak lagi yang aku nak share ttg milestone alif nie.. tp beselah aku kan.. asal entry panjang sket
terus ilang idea nak berkarya.. hahaha
so, sambung nanti2 je lah yer...bile idea dah ade.. :)


** lagi 7 bulan ++, adiknya  si Alif bakal lahir,
diharapkan adiknya nanti pun akan mbesar sebijak, sepetah dan seaktif abangnya juga
xpelah wlupun ibu ayah nie terpaksa berpenat lelah nak kejar tem awak kecik2 nie..
terpaksa berusaha lebih gigih mencari rezeki nak besarkan anak-anak..
ibu tak kisah.. asalkan dapat melihat anak-anak  mbesar depan mata.
dan nnt bila dah besar panjang,ibu harap anak2 ibu leyh berjaya dalam hidup 
dan dapat jaga ibu dan ayah di hari2 tua kami nnt.. insyaAllah..

No comments:

Post a Comment