Pengikut Setia

Thursday 26 April 2012

Mimpi Buruk


Aku bermimpi si ayah sedang mengejar Alif yang terlepas dari pimpinan tangan di tgh bandar.. Alif berlari pantas meninggalkan kami.. dan si ayah terus mengejar sehabis tenaga. Sehinggalah smpi di satu simpang Alif gagal mengawal langkah kakinya dan tak perasan yang dihadapannya ada longkang yg agak dalam. belum sempat ayah mencapainya, dia dah terjatuh dlm longkang tersebut dan kepalanya terhentak ke dinding. Ayah berhenti mengejar dan tergamam.. Terdengar tangis kesakitan Alif.. tp hanya seketika sahaja.. kemudian terus senyap.. Aku segera mendapatkan Alif, memangkunya sambil menangis sampai lupa diri.. Kemudian aku terus berlari menuju ke kereta, sambil mulutku tak habis2 mengucapkan "Allahuakbar, Allahuakbar. selamatkan anak aku..Ya Allah lindungi anak aku , selamatkanlah dia ya Allah.." smbil menagis meraung2.. Nauzubillah...

Tetibe aku tersedar dari mimpi dengan airmata yang masih berlinangan di pipi.. esakan masih lagi berbaki..  Terus aku jenguk Alif yang tidur disebelahku.. ku usap kepalanya, aku cium die bertalu-talu.. hingga akhirnya die tersedar dgn perlakuanku tadi. Die tgk aku, smbil sebut.."ibu...nak susu".. hrmmm, lega rasa hati bila masih dpt mendengar suara kesayanganku itu dan lega sgt2 bila kenangkan apa yang berlaku td hanyalah sekadar mimpi ngeri.. 

**Alif, ibu sayangkan Alif, tak dapat ibu bayangkan bagaimana keadaan ibu sekiranya apa yang berlaku didalam mimpi ibu td benar-benar berlaku di realiti. Tak mampu utk ibu bayangkan , sayang....

1 comment: