Pengikut Setia

Thursday, 17 November 2011

Sentap !!

Maksud SENTAP kalo menurut mykamus.com adalah ; to tug; pull sharply; jerk; hoick.

Tp kalo merujuk pada DBP ianya bermaksud ; menyentap menarik kuat-kuat dgn tiba-tiba; menyentak. sentapan tarikan yg kuat dan tiba-tiba; sentakan ataupun boleh dirujuk juga pada perkataan (séntak); menyentak 1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi; tersentak 1. tertarik dgn kuat, terpiuh; 2. tersedar (drpd tidur, lamunan, dll) dgn tiba-tiba, terperanjat: laki-laki bermuka cengkung itu ~ drpd khayalannya; sentap. sumber : DBP


Tapi kalo menurut pemahaman peribadi aku sendiri, kamus dewan bahasa aku sendiri.. perkataan SENTAP yang digunakan oleh org-org zaman sekarang adalah TERASA HATI, TERGURIS PERASAAN,SAKIT ATI atau NAK MARAH TAK TENTU PASAL dsb. Cam name Aflin Shauki dalam satu rancangan tv tu.. Prof SentapHatiMakNak ..

Salah satu contoh sentap nie begini bunyiknya.. ,

"Apesal plak tetiba ko nak tersentap tak dapat makan McD arini?Lain lah ko nak tersentap sebab tak dapat beli PSP even dah jenuh ko simpan duit syiling dari tahun lepas last2 duit tabung kena curik, barulah bleyh nak sentap2" 

Or,

" Sentap hati aku bile die tego aku gemuk, macamlah die tu kurus sangat, aku ni kalo kurus balik, kalah Neelofa tau huh! "

Ekceli dizaman serba canggih skang nie.. ramai yg guna perkataan sentap nie bile dalam hati terasa sesuatu..Eyh, dah kenapa tetiba aku kuarkan entry sentap nie?? Ntah lah,tetiba aku dapat idea setelah dengar berulang kali pekataan sentap dari kawan-kawan aku.. Jom kita cuba gunakan perkataan sentap ni dalam situasi yang berlainan..contohnya;

Ifa tersentap kerana terpijak ekor gajah di hutan. 

Farhan tersentap kerana dirinya digelar anak ikan oleh rakan-rakannya.

En. Faizal tersentap apabila anak daranya kahwin dengan Bangla.


Nie lah antara perkataan tersentap yang aku boleh boleh huraikan.Tapi,kalau setakat benda kecik ko nak melalut siap tersentap segala.Itu tidak dipanggil sentap tapi ko dipanggil meroyan. Eh,btol ke?

agak2 kalo aku sarung balik baju kawen aku nie.. n mekap cantik balik camni..
 leyh cantik cam dulu lagik tak.. ?? cantik tu boleh kut.. tp baju kawen nie bleyh sarung lagik kerrrrr??? #sentapmaknak .. T_T

5 comments:

  1. boleh cantek balik..pakai baju, mekap..zass dah siapp...hehehe

    ReplyDelete
  2. skang pun cantik,
    tambah gebu gebas lg tu
    auwww, :)

    ReplyDelete
  3. Kite suke hidung kak jue! Mancung k!

    ReplyDelete