Pengikut Setia

Tuesday 15 November 2011

Alif - 20 Bulan (15.03.2010 - 15.11.2011)

Sekejap je masa berlalu.. terasa baru semalam dikau dilahirkan ke dunia..
tp hakikatnya usia mu kini sudah pun 20 bulan.
Ibu masih terbayang2 lagi saat2 Alif dilahirkan..
saat menantikan Alif dikeluarkan dari perut ibu melalui kaedah czer,
seminit pun ibu tak dapat nak lelapkan mate.. 
sepanjang proses pembedahan ibu  berdoa semoga anak ibu selamat dikeluarkan..
sihat walafiat dan sempurna sifat..

Dan saat doc memberitahu anak ibu telah selamat dikeluarkan..
ibu rasa sangat bahagia.. rasa seperti mimpi jer..
dan tatkala terdengar tangisan Alif.. saat mendengar suara anak ibu buat pertama kalinya..
ibu tak henti2 memanjatkan kesyukuran.. rasa bahagia yg teramat bila dah bergelar ibu..
Dan mase nurse letakkan Alif seketika dipangkuan Ibu..
Ibu cium2 Alif.. Ibu nak peluk Alif tp tak boleh kaki tgn ibu kebas..
Dan tak lama lepas tue.. Alif dibawa pergi oleh nurse ke bilik bayi..

Dan sejak di hari pertama melihat Alif itu..
ibu terpaksa berpisah dgn Alif utk beberapa hari dek kerana Alif lahir tak cukup bulan
Alif memerlukan pemantauan yg lbh terperinci dan ditempatkan di NICU..
Hanya pada ayah sajalah ibu berharap utk selalu menjenguk2 Alif ..
Ibu nak sgt tgk wajah anak ibu.. tp apakan daya, ibu takley bgerak lasak..
badan ibu kebas separuh badan hampir 3 hari lamanya.. 
dan ibu hanya mampu berbaring saja tak bergerak mana2..

Hari ke empat, setelah Doc membuka sticker di perut ibu,
dan setelah ibu mampu bangun dan duduk, ibu minta ayah bawak ibu pada Alif..
Maka dapat lah ibu pergi melawat Alif wlupun terpaksa menaiki kerusi roda..
Dan saat melihatkan wajah dan tubuh kurus anak ibu.. yg dilahirkan seberat 2.37kg tu..
hati ibu merasa sayu.. dalam hati tak henti2 berdoa semoga anak ibu sihat2 aje..
dan mampu survive untuk terus hidup.. sbb sblm tu doc ade bitau.
Paru2 Alif tak kuat,mebi sbb lahir 5 minggu awal dari tarikh jangkaan dan Alif pula takmo menyusu..
kalo progressnya berterusan begitu.. macam2 bleyh berlaku..itu kata doc
dan sejak dari hari itu, hari2 ibu datang melawat Alif di nicu..
tanpa ayah pun ibu tetap pergi juga.. berjalan perlahan-lahan sambil berpaut pada dinding2 hospital
dari tingkat 2 turun ke tingkat 1..  sedaya upaya gagahkan diri..
Hari2 ibu lawat alif.. duk sebelah alif.. usap2 kaki Alif yg kecil tu.
genggam jari jemari Alif yg halus mulus tu..sambil2 ibu berbisik di sisi Alif.. 

"Anak ibu, kuatkan semangat ye sayang, ibu sentiasa ada dgn Alif,
 ibu sayang sgt-sgt kat  Alif, Alif kene terus hidup utk ibu.. utk kami.
sbb Alif ade ibu, ada ayah.. ada semua yg sayangkan Alif dan menantikan Alif diluar sana..
Alif ingat lagi tak , ibu selalu berbual2 dgn Alif ketika Alif masih di dalam perut ibu,
ibu slalu ckp yg ibu tak sabar nak jumpe Alif, nak main2 dgn Alif, nak gurau2 dgn Alif
jadi, Alif kene kuatkan semangat yer sayang.. supaya kita dapat sentiasa bersama
buat seperti apa yg kita dah plan sblm nie.. ok sayang" *mode-sayu hati*

 Hari ke-6, doc cakap, Alif dah ok, dah stabil, dan dah bleyh keluar dari hospital sehari 2 lagik..
Masa tu, Ibu rasa bersykur sgt.. hati ibu rasa gembira sgt.. 
akhirnya Alif tak perlu nak hidup bergantung pada wayar2 hayat itu lagik..
Ibu tak sanggup dah tengok Alif di cucuk sana sini, wayar berselirat seluruh tubuhmu.
Tp belum sempat Alif kelua pulang ke rumah, Doc memberitahu yg Alif kene kuning.
dan ibu diminta stay utk menjaga Alif di NICU sehingga kuning tu reda.
Mujurlah sehari saja kami terpaksa duk kat wad tu.. itupun berkat ibu susukan Alif dgn susu kambing
Keesokan paginya doc kate kuning Alif dah turun dan dah leyh kuar dari wad.. 
Alhamdulillah.. akhirnya Alif dibenarkan keluar melihat dunia luar..
bertemu, semua sanak saudara yg sgt setia menanti kepulangannya..
Semua itu masih segar diingatan ibu.. masih jelas di gambarkan di minda nie..


Alif dihari pertama berada di rumah.. iaitu hari ketujuh selepas dilahirkan ke dunia.

ketika berusia 6 bulan.. seorang baby yg bertubuh semangat.. yg membuatkan semua org geram melihatkan keletahnya.. rindu saat2 die dompot begini..


Dan kini.. usia Alif dah pun 20 bulan.. dah makin besar anak ibu..
dah pandai berkawan, dah pandai bergurau senda,
dah pandai nak bermanja dan mengada-ngada..
Kadang-kadang pangai Alif buat ibu geram juga.. 
ibu tau, ibu agak garang dgn Alif, Ayah juga.. 
tapi garang ibu bersebab.. bukan suka-suka..
ibu marah bila Alif memanjat sofa, then u terjun tanpa sdikit pun rasa takut..
ibu marah bukan sebab ibu takut sofa ibu rosak..
tp ibu marah sbb ibu takut anak ibu patah riuk duk men terjun tiruk..
ibu marah bila Alif pecahkan barang2 ibu.. bukan kerana ibu sayangkan benda2 tu
tp ibu risau kalo2 serpihan barang2 itu bakal melukakan anak ibu..

Di usia 20 bulan, Alif dah punya banyak ragam..
dah pandai nak merajuk, nak protes, nak marah2..
kadang2 buat ibu rasa geram sangat.. tp bila pikirkan Alif masih kecil..
ibu sabarkan hati ibu.. supaya tidak terlalu emosi berhadapan dgn perangai Alif
tp kadang-kadang ibu terlepas jugak merotan Alif sekali dua..
ibu hanya manusia biasa.. nobody perfect kan..
kadang2 susah juga nak kontrol perasaan marah..
nak2 bila penat berkerja.. penat menguruskan rumah tangga..
Tp Alif jgn salah faham dgn ibu pula ya sayang,
Tak bermakna ibu tak sayang Alif kalo ibu marah2kan Alif tu,
Cuma, kadang2 ibu khilaf, ibu tak sedar yg ibu dah marahkan Alif dan dah babap Alif
tp selalunya , ibu marah bersebab kan.. saat-saat Alif nakal tak dengar kata,
saat-saat Alif buat perangai tak semena-mena..
Walauapapun terjadi, ibu nak Alif tahu..
ibu sayangkan Alif sgt-sgt, dunia dan akhirat


sekarang Alif dah pandai berkawan.. dan dah ada bakat nak jadik abang juga.. tp masanya belum tiba lagik..InsyaAllah, di tahun depan ibu akan usahakan dan berikan Alif seorang kawan utk bermain-main dan bergurau senda.. dan ibu yakin, Alif mampu jadi abang yg baik.. InsyaAllah

Selamat Ulangbulan yang ke 20 ya anak ibu sayang, 
Semoga Alif dipanjangkan usia, diberikan kesihatan dan kesejahteraan yg berterusan,
dan semoga menjadi anak yang baik, soleh, berjaya 
Dan sentiasa mengasihi kedua ibubapa Alif selama-lamanya.
We ols love u soooo muchhhhh!!

No comments:

Post a Comment