Pengikut Setia

Saturday 15 October 2011

Mari Membaca.. erk.. Mari Tengok Gambar ajerrr....!!

Rasanya... dalam ramai-ramai kawan-kawan seperjuangan..aku adalah diantara ibu-ibu yg paling tak peka dan tak mengambil berat dalam bab pembelajaran anak-anak seusia Alif (kowt). Arini, tem2 tengah rajin BW kat blog memember, aku nampak.. ramainye kawan-kawan yg  bercerita perihal anak-anak dorang (yg sebaya dgn Alif) yg  dah pandai baca buku, tunjuk minat terhadap buku dan dah tau cara-cara nk mengaplikasikan buku.. dan  bila aku  membaca cerita-cerita ibu mereka yg byk meluangkan masa mengajar anak membaca dan mengenal isi kandungan di dalam buku yg dibaca.. Serius, aku jd jeles.. Kenapalah aku tak rajin dan tak peka macam ibu-ibu yg lain..?? my bad.. :(

Sepanjang membesarkan Alif selama 19 bulan nie, aku cuma menitikberatkan perkembangan Alif dari segi progress tumbesarannya, kesihatannya dan pergaulannya sahaja, selain itu.. aku lebih suka membiarkan Alif belajar dengan sendiri mengenali apa yg menarik perhatiannya. Frankly, aku mmg tak penah cuba utk mengajar Alif secara serius dlm bab pembelajaran. Ibu apa lah aku nie kan..??ada juga aku membelikan Alif beberapa set flash card, dan beberapa buah buku-buku bergambar.. tp sgt jarang aku gunakan masaku yg terluang utk mengajar Alif mengaplikasikan buku-buku dan flash card yg ada tue.. Komputer riba mainan berbahasa English dan Arab pun ada juga aku belikan utk Alif.. itupun dah jahanam kerana dihempas dek Alif.. :(  ..Pernah lah sekali, aku mencuba utk menarik minat Alif  membaca dan mengenali gambar objek2 yg ada di dalam buku tersebut, tp ternyata aku seorang ibu yg cepat putus asa. melihatkan Alif yg lebih gemar menyelak2 buku tanpa sdikitpun die menunjukkan minat terhadap buku tersebut membuatkan aku give up. Alif lebih berminat pada bola.. bola  dan bola.. dan juga popo(patung barney) nya yg satu itu. Itupun dipanggil PoPo..T__T

Tp aku rasa amat bersyukur, mungkin Allah mendengar permintaanku dalam setiap doa-doaku dalam solat.. dan telah dimakbulkan beberapa daripadanya **Walaupun aku tahu kalau hanya berdoa tp tanpa usaha.. mimpi takkan menjadi nyata.. chewaaahhh!! .. Mungkin juga berkat hasil usaha dan bantuan cekgu2 Alif yg garang kat skool tu dah banyak membantu aku dalam proses pembelajaran Alif.. atau mungkin juga cara aku sendiri mengajar Alif  yg lebih kepada cara practical daripada teori , telah memberikan kesan positif dalam perkembangan minda dan intelektual Alif.. atau dalam ayat nak berlagak-dengan-sengaja aku (astagfirullahhalazim).. Alif ini dah mengikut jejak langkah aku, menjadi seorang yg fast learner dan jenis yg terang hati (kata mamaku lah).. muahahaa..*tp aku xdelah pandai mana pun sbnrnya..masuk poli amik diploma ajer pun ..  ;p

Walaupun Alif kurang menunjukkan minat terhadap pembelajaran awal , dia agak tak berminat dgn buku-buku, tp aku tetap berasa bersyukur kerana Alif melalui perkembangan sebagai seorang kanak-kanak seusianya dgn agak sempurna dan memberansangkan.. Paling menakjubkan bagi aku ttg Alif adalah..dia sudah mampu mengenal bola dan burung dan mampu menyebut ball dan bird seawal usianya 11-13 bulan.. masa tu dia masih belum mampu berjalan lagi.. gigi sebatang pun belum ada masa itu.. Ianya sesuatu yg sgt meninggalkan kesan kagum dalam hati si ibunya nie.. dan ayahnya juga. Pernah sekali, kami ke Al Ikhsan untuk mencari kasut futsal si ayah.. masuk-masuk kedai sukan tu, si Alif terus menyebut ball, sambil tangannya menunjuk ke arah bola-bola yg tersusun berderet kat atas rak bola dalam kedai tu. Mase tu, dia masih dalam dukungan ayahnya.. Kami berdua agak terkejut dan memandang tepat ke muka masing-masing dan hampir2 ternganga.. Seolah macam tak percaya dgn apa yg di dengar dan dilihat. Subhanallah, rasa sgt terharu melihat anak sekecil  itu sudah mampu mengenal objek dan boleh menyebut perkataannya skali..

Semenjak dari itu, aku dan suami mula perasan yg Alif nie budak yg ringan mulut(cepat bercakap) berbanding dengan progress berjalan dan tumbuh gigi.. Die nampaknya mmg senang mengikut apa yg org lain sebut.. Dats y kami berdua laki bini kene byk berhati-hati bila berbual berdua..bimbang Alif akan mengikut apa yg kami cakapkan..dan itu adalah agak bahaya bukan..??  so, secara tidak lansung.. kami ibu dan ayahnya nie akan berkomunikasi dgn cara lebih baik di depan Alif.. dah sudah semestinya kami dah takleyh nak bgurau-gurau kasar seperti selalu, apatah lagi nak bergaduh-gaduh manja.. :p

Ok nk dipendekkan cerita aku dah agak panjang ini, diusia 19 bulan ini, Alif dah mampu mengenal byk benda,contohnya seperti tangan, kaki, mata , mulut, gigi, telinga, rambut dan bahagian2 tubuh badan yg lain.. dia juga sudah mampu menyebut bas, car, ball, bird, habis, nak, ambil, buang, tutup, buka , ayah, awak dan beberapa perkataan lain di dalam ayat-ayat sehariannya. As long as aku masih mampu faham apa yg cuba nak disebutkan , dan aku masih mampu faham apa yg cuba dimaksudkan, aku rasa ianya  adalah sesuatu yg bagus.. sekurang-kurangnya dia ada effort utk tahu semua itu di usia semuda ini. Alif juga sebenarnya sudah mampu memahami beberapa arahan-arahan yg mudah. Dan memandangkan ianya berlaku dalam keadaan tanpa sedarku,(kerana aku akui yg aku bukanlah seorang ibu yg sgt2 prihatin ttg perkembangan minda dan intelektual anak aku), maka..semua ini adalah sesuatu yg cukup mengagumkan bagi aku. Wlupun Alif tidak sepandai kawan-kawannya yg lain seusianya, tp aku rasa dia tidaklah tertinggal terlalu jauh.. btol tak??  .. tp kalo dalam bab2 perkembangan yg lain-lain.. seperti berjoget, memanjat, mengamuk, merajuk, melasak.. aku rase Alif dah seiring dgn kawan-kawannya yg lain.. itu pun dah mencukupi bagi aku.. Alhamdulillah..


Alif dgn buku kegemarannya..

muka surat yg paling digemarinya.. mengenal bahagian anggota badan.


*hari ini genap usia Alif 19 Bulan.. selamat ulang bulan sayang.. semoga membesar menjadi anak yg soleh, berjaya dan disayangi semua.. Amin...

2 comments:

  1. comel anak akak..
    mmbuatkan shida xsabo2 nk kawen ada anak..
    uuwaaaaaa
    :P

    ReplyDelete
  2. selamat ulang bulan alif..:)

    Dani sebut bas, ball, lori semua nya dia sebut Bo! Haha..lawak betul..

    ReplyDelete