Pengikut Setia

Wednesday 12 October 2011

Hidung Berdarah



Semalam, lepas selesai hantar Alif kat skool..as usual aku akan ke cafe utk sarapan pagi dengan geng2 aku..lame jugak aku duk melepak smbil boak2 kat cafe semalam..8.45pg aku pun selesai bekpes dan terus naik ke tempat keje aku..naik2 je kat tingkat 2 tu.. aku selisih dgn opismate aku..die pun hantar anak kat skool yg same dgn Alif.. sekelas dgn Alif juga sbnrnya..

Tetibe die tego aku.. " dah tgk Alif ke?"
Aku jadi pelik dengan soklan die tu.."aku dari cafe ni, kenapa beb?"
"la.. aku ingat hang dari skool tgk Alif, pg td riuh kate idung die berdarah" katanya lagi.
" hah?? idung berdarah???!!".. aku terus cuak ayam kat situ juga..
Belum sempat aku nak bergegas turun ke skool g tgk Alif..
Ayu menyambung lagik " tp die dah ok dah td mase aku nk naik, Teacher Mira dah tuamkan dgn ice.."

Aku mengurut dada tanda lega.. tp hati masih gusar sbnrnya.. terus aku duduk di tempat dan mendail nombor telefon skool Alif..mujur cepat org disana menjawab..kalo tak, mmg aku kene turun jugaklah kat skool utk jenguk anak aku.. dari perbualan aku dgn Teacher Liza, katanya si Alif tetibe berdarah hidung masa duk atas riba Teacher Mira.. mase tu tgh tgk TV.. *kiranya lepas aku hantar Alif lah kejadian nie berlaku*..lepas tgk idung die berdarah.. dorang terus cuci dan tuamkan dgn Ais di batang hidungnya tu.. dorang dah check suhu badan Alif.. die tak demam pun.. lega aku mendengar penjelasan Teacher Liza tue.. dan aku sempat berpesan , kalo Alif meragam or hidungnya berdarah lagi.. terus roger aku.. aku akan segera turun. Selesai perbualan kami di situ.. dan aku kembali menyambung tugas aku sperti biasa.

Actually, kes Alif berdarah hidung nie dah kali 3 berlaku.. Sebelum ni dia pernah juga mengalami pendarahan hidung semsa dirumah.. Sedang dia sedap-sedap tido.. hidungnya berdarah. Mujur lah time tu aku bangun utk buatkan susu, aku tgk dia seperti tak selesa, merengek2.. bila aku nyalakan lampu bilik.. mmg terkejut beruk lah aku tgk anak dah berlumuran darah.. bila aku periksa.. rupanya darah2 itu datang dari hidungnya.. mulanya aku fikirkan dia terhantuk ke dinding sewaktu tido.. tp ternyata tekaan aku meleset sbb semasa kejadian kedua.. hidung Alif berdarah semasa dia sedang menyusu sambil menonton bbtv.. dan kejadian hidung berdarah di skool semalam adalah kali yang ketiga.

Pada mulanya, aku menyangka kes hidung Alif berdarah ni adalah lanjutan daripada kekerapan die terhantuk atau pun terjatuh dari mana-mana.. tp bila diselidik semula salasilah dan sejarah kesihatan ayahnya.. rupa-rupanya, Alif dah mengikut jejak langkah ayahnya yg mmg kerap mengalami pendarahan hidung sewaktu kecil. Bukan ayahnya sahaja malah keempat-empat adik beradik ayah Alif mengalami simptom begitu.. termasuk lah sepupu Alif, si Faiqal. pun mengalami masalah yg sama.. mebi faktor keturunan. 

Walaupunbegitu, aku tetap juga merasa risau melihat keadaannya begitu..risau kalau ada faktor2 lain yg menyebabkan pendarahan hidung Alif tu. Siapa yg tak cuak melihat anak tiba-tiba berlumuran dgn darah.. kan??.. mujur juga aku jenis tak allergy atau pening dgn darah seperti ayahnya.. kalau tidak.. siapalah yg nak menguruskan..kesian anak aku akn..  Dan aku amat berharap agar Alif sentiasa sihat dan terhindar dari sebarang penyakit yg serius..Amin.

4 comments:

  1. tapi Aliff ada menangis tak?
    Aliff hero kan..
    alahai..

    ReplyDelete
  2. kalau hidung tetiba berdarah org kata panas dlm or kurang minum etc..tp xde pape insyaallah..dont worry. hanna pun penah kena beberapa kali..masa 1st time kena akak pun panik..huhuuuu

    ReplyDelete
  3. baru tahu ada factor keturunan jgk idung darah nie..hu3...bahaya tak kak?
    nice info nway..

    ReplyDelete
  4. Nama baru ye Kak Kiwi? Ahaha. Keturunan ye Jue? Itulah, mesti risau tapi kalau doktor kata takda pape ok la kot. Harap Alif sihat² saha.

    ReplyDelete