Pengikut Setia

Friday 12 August 2011

Perihal Raya ..

Lanjutan daripada diskusi panjang lebar di group..
tercetusnya idea utk bercerita perihal hari raya 
tentang rotation berhari raya yg telah persetujui mase mula-mula berumahtangga..
Ada diantara kawan-kawanku yg mengalami masalah berkaitan dgn perihal ini..
dan aku turut merasai juga bagaimana perasaan mereka jika aku ditempat mereka..
mmg agak menyedihkan bila berhadapan dgn situasi sebegitu..
sesiapa pun.. pasti akan berasa sedih.. nak2 melibatkan keluarga tercinta.. dan berkaitan dgn hari raya..


 Berlainan pula dengan apa yg aku dan suami amalkan sejak kami idup bersama..
sejak dari awal lagik kami telah bersetuju utk pulang ke kg beraya secara bergilir-gilir
almaklumlah.. kampungku di Pasir Mas Kelantan,
kampung suami pula di Teluk Rimba, Muar
disebabkan jarak yg agak jauh itulah kami memutuskan utk beraya di kampung masing secara bergilir-gilir.
tiada istilah hari raya pertama hingga ketiga di kampung ku
kemudian bersambung di kampung suami pada hari raya yang seterusnya..
kerana cara itu mungkin akan memenatkan kami.. 
kerana perjalanan  dari kelantan nak ke Muar or sebaliknya, mmg sgt2 memenatkan..


Tapi semua penrjanjian ini hanya valid ketika Hari Raya Aidilfitri sahaja
ini kerana setiapkali aidilfitri, mmg parent aku akan beraya di Kelantan
di kampung mama ku sementelah kg abah aku dah takde sesiapa lagi utk diziarah.
sama juga dgn sebelah suamiku..
pada hari raya puasa saja mereka akan balik beraya di Muar..
tp rotation ini tidak berlaku pada Hari Raya Haji..
maka pada hari raya haji,  terpulang lah pada kami sekeluarga nak balik mana..
tp selalunya raya haji kami cume balik Ipoh or kalo tak pun balik Hulu Langat
sebab cuti cume sehari saja kan.. 


Sememangnya , sebagai anak sulung..aku akan berasa sedih bile beraya di kg suami..
aku kalau boleh memang nak beraya dgn mama , abah dan adik2 aku..setiap tahun..
sama2 tolong kemas umah menjelang raya.. tukar langsir, buat kuih raya..
adik beradik aku hanya ade 2 org perempuan dan seorang lelaki.
sudah tentunya hanya pada kami bertiga saja mama bergantung harap
dan menjadi penyeri hari raya mama dan abah
tapi semenjak aku berkahwin dan memiliki keluarga kecilku, 
mama dan abah seakan redha dgn ketiadaan aku ..
tahun depan mungkin Boy pula tiada utk beraya bersama-sama
 (sebab tahun depan dah nak kawen, tentu dia akan merasmikan raya di sebelah isteri die)
mujurlah masih ade adik aku yg bongsu yg akan menemani mama dan abah di pagi raya
*tahun depan aku pun akan beraya di Muar.. :(


Tapi bila difikir-fikirkan semula..
 aku bersyukur kerana memiliki suami  seperti suamiku.
suami aku selalu bersetuju dgn apa yg aku cadangkan..
dan bila memikirkan sikapnya yg sanggup bertolak ansur itu..
maka aku tak tergamak nak amik kesempatan keatas dirinya..
dan disebabkan itu jugak.. aku merelakan saja apa yg sudah dipersetujui antara kami selama ini
berkaitan dgn perihal nak sambut beraya dimana setiap tahun..
kalo bab raya mmg aku tak akan berbahas lagi dengan dia..
nanti banyak pula isu-isu yg akan dibangkitkan..
**sebab selama ni die tak penah mngeluh kalo kami kene balik sebulan 3 kali ke kg aku(tem tak raya)
dan die tak penah pula paksa aku balik kg die(tem tak raya) ..wlupun setahun 2-3 kali..
itu dah cukup buat die berlaku adil dgn aku..


Ingat lagi, masa pertama kali beraya bersama sebagai suami isteri..
masa tu aku hamil 3 bulan.. dan raya yg itu adalah turn balik ke kg aku..
kiranya suami aku merasmikan kg aku dulu sebagai destinasi raya kali pertama kami..
gembira bukan kepalang lagi mama bile 1st year anak menantu balik beraya di Kelantan..
atuk n nenek aku pun tumpang gembira bile cucu baru balik beraya di kg same-same..
mmg suami aku mendapat layanan yg baik sungguh dari seluruh ahli keluarga besar aku..
almaklumlah adik beradik mama aku 11 org..
bile tem raya semuanya berkumpul kat umah atuk..
mau tak meriah.. sepupu2 aku berderet2..
belum masuk anak2 buah lagik... mmg gegak gempita lah umah atuk aku bile raya..


Dan tahun lepas.. kami beraya di Muar,
ketika kami sudah mula idup bertiga..
Alif dah selamat lahir ke dunia.. dan pada hari raya yang lepas..
usianya dah pun genap 6 bulan.. masih bayi lagi
dan masih belum mengerti apa-apa ttg kemeriahan raya
suami aku adalah org paling gembira, sbb dapat angkut anak balik beraya di kg die dulu..
tem tu lah nak menayang-nayang hero die yg sorang tue..
mengutip duit raya sana sikit sini sikit.. hehehe
wlupun dalam hati kecik aku ade terasa sedih ..
sbb tak dapat beraya dgn mama n abah..
dan adik beradik aku yg lain..sedar-mara yg lain juga
apatah lagi tak dapat bawak cucu sulung dorang balik beraya bersama dorang..
wlupun beraya di kampung suami aku agak tidak meriah 
kerana sanak saudara suami aku tak seramai sanak saudara sebelah aku..
tapi aku redha.. ini semua dah dipersetujui..
aku tak boleh nak pentingkan diri aku sdiri..
nnt tiba masanya.,. akan sampai giliran aku pula..
insyaAllah :)


Dan tahun ini.. apa yg aku nantikan akan tiba juga.. insyaAllah..
inilah kali pertama aku nak beraya bertiga di kg ku di Kelantan..
sedang elok si Alif pun dah boleh berjalan dan berlari..
lebih meriah rasenya bile dapat pertemukan die dgn sedara mara die kali ini..
sebab die dah bleyh bermain dan bersuka ria disamping sepupu2 nya..
wah.. mesti meriah raya Alif tahun nie..
dan sudah pastinya aku lah insan paling bahagia melihat itu semua berlaku depan mataku..
Mama dan abah mesti gembira.. dapat beraya bersama cucu sulungnya yg dah pandai mcm2 tu
silap haribulan aku sdiri pun tak sempat nak pegang anak aku tu sbb duk di kelek spupu2nya..
*dah mula membayangkan kemeriahan itu.. bahagianya.. :)







kali pertama kami beraya bersama sebagai suami isteri di kg aku di Pasir Mas Kelantan..





Kali kedua beraya bersama .. kami beraya di Kg Teluk Rimba Muar

bersama hero kami yg ketika itu berusia baru 6 bulan.. :)
** semoga keharmonian keluarga kami ini berkekalan..
dan tidak dicalari oleh kedukaan dan kelukaan..
dan semoga kesepakatan kami suami isteri
akan dapat berterusan sehingga ke akhir hayat.

3 comments:

  1. jue rayyan sudah kurus..takmo doa lagi kasik dia kurus,,hihihi..

    tetibe komen takde kaitan..

    anyhow, suami isteri kena laa saling bertolak ansur..ye dok??

    ReplyDelete
  2. thn ni mmg ade feelin besh sbb mikhail pn same cm alif dh leh jalan ..sbb tu la mmg kena tayng dia kat pakcik makcik belah pja plak..wahahahah

    ReplyDelete
  3. baiknya suami jue...bertuah....byk lebihkan keinginan isteri..mcm mia...tahun 1 ni mmg sah2x kena beraya umah mentua & akan jd tradisi setiap tahun dek suami mmg jd imam raya masjid qariaahhnya

    ReplyDelete