Pengikut Setia

Wednesday, 17 August 2011

Al-Fatihah..

Entry ini dikarang selepas setengah jam mendapat berita sedih dari kg. Pada jam 10mlm td, aku menerima panggilan dari adikku, Zetty.. memberi perkhabaran sedih dan sangat mengejutkan aku.


Melalui adik aku, aku mendapat berita tentang pemergian Mohd Yusry Bin Yusof, *innalillahiwainnailaihirojiun .. arwah adalah satu-satunya adik lelaki kepada seorang kawan baik aku.. kawan baik sejak dari kecil lagi.. keluarga kami sudah lama bersahabat baik.. Ibu bapa arwah adalah sahabat baik keluarga aku.. begitu jugaklah hubungan antara aku dan anak-anak mereka..


Dikhabarkan bahawa arwah Yusry telah terlibat dalam kemalangan pada malam semalam, motosikalnya di rempuh oleh sebuah kereta di pekan Tapah. Keadaan Arwah sewaktu dimasukkan ke dalam hospital adalah sgt parah dan kritikal. Arwah menghembuskan nafas yg terakhir pada petang tadi di Hospital Tapah.(seperti yg telah diceritakan oleh Adik aku). Jenazah Yusry masih lagi berada dihospital ketika ini.. dan bakal menjalani bedah siasat pada esok pagi utk mengenal pasti punca kemalangan.(ini yang di maklumkan oleh Along, kakak sulung arwah ketika aku menghubunginya sebentar td)..


Sesungguhnya berita ini amat mengejutkan aku.. terasa seperti tidak percaya.. tp inilah ketentuan Ilahi, yang hidup pasti akan mati.  Berat mata kita memandang dan menerima berita ini, berat lagi bahu keluarga arwah yang memikul dugaan sebegini. Tak dapat aku bayangkan jika semua ini berlaku ke atas ahli keluarga aku sendiri.. Nauzubillah..


Yang paling menyedihkan , arwah telah pergi dengan meninggalkan seorang balu, dan seorang bayi perempuan yg baru berusia 2 bulan. Arwah baru saja 2 bulan menerima berita gembira dan berbahagia bergelar seorang ayah. Tp ajal dan maut di tangan Tuhan .. tiada siapa dapat menghalang.. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah.. dan oleh kerana itu arwah telah dijemput pergi mengadap Ilahi di bulan yang mulia ini..Allahuakbar.


Takziah buat seluruh keluarga Pakcik Yusof dan Makcik Pah .. dan Al-Fatihah buat arwah Yusry yang telah pergi..:'(





ahli keluarga Pakcik Yusof dan Makcik Pah ..Arwah Yusry (Duduk di depan)





Arwah Yusry di samping anak kecilnya

Dhia Batrisya Zahra




11 comments:

  1. Allahuakbar
    Beratnya ujian yang Allah berikan pada isteri dan keluarga arwah
    semoga mereka tabah menghadapinya


    Al-fatihah utk arwah Yusri. :(

    ReplyDelete
  2. Alfatihah buar arwah Yusry, insan terpilih oleh Allah di bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
  3. takziah buat keluarga...adeh..sebak ati baca..& tgk gmba arwah gn baby yg kecik lg tu..semoga rohnya tenang di sana..

    ReplyDelete
  4. Telah bergenang airmataku..

    Takziah buat keluarga khusus buat isteri dan si cumel dhia...
    smga Allah beri kekuatan dan azam kepada ahli keluarga,,
    smg isteri tabah menghadapi dugaan ini..

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  5. innalillah..ya Allah sedihnya..tp dia pergi dalam bulan yg penuh berkat..redha, pasti dia insan terpilih

    ReplyDelete
  6. erm takziah...Al Fatihah buat arwah..ermm

    ReplyDelete
  7. innalillahhiwainnailaihiroji'un.. semoga roh dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  8. ALLAHUAKBAR!!!

    memula aku bc aku okey je.
    tapi bile tgk gambar last skali, masyaallah!!!!

    berat ujian isterinye. ya allah aku xtaw nak cakap cemane.

    takziah kepada keluarga arwah :(

    ReplyDelete