Pengikut Setia

Sunday, 5 June 2011

Sayang!!





Hari ini, seharian kami dua beranak melepak di rumah. Pagi tadi sehingga tengahari, sempat juga lah Alif berguling2 dengan ayahnya, dapat juga lunch bersama-sama. Pukul 3ptg, ayah dah bergerak balik rumah mbah Alif di hulu langat. Tinggallah kami dua beranak dirumah. Jangan salah faham pula ya kawan-kawan, kami berdua bukannya tak sudi nak balik rumah mbah Alif, sebenarnya memang sudah agak lama kami tidak balik rumah mbah Alif, tp kami tetap juga berpeluang jumpa mbah Alif..kerana adalakanya mbah Alif singgah juga di teratak buruk kami ini. Dan sebenarnya sebab kami tidak pulang bersama-sama ayah ke Hulu Langat sejak beberapa minggu ini adalah kerana rumah mbah sedang dalam proses renovation. Pasir, simen dan paku pakis berteraburan di sana sini.. So, tidak sesuai rasanya membawa si dompot balik ke sana selagi renovation rumah mbah belum selesai. InsyaAllah sebelum hari raya puasa tahun ini, rumah mbah akan berwajah baru.. dan Alif sudah boleh berlari tawaf satu rumah mbah dgn Abg Faiqal(cousin Alif)..yay!!


Dan memandangkan ayah tiada, kami berdua beranak pun duduk saja dirumah..tidak merayap kemana-mana. Paling tidak pun, kami marathon tidur siang dari jam 3.30ptg hingga jam 6ptg.. tp itu aku, Alif bangun lebih lambat dari aku..pukul 6.45ptg baru Alif celik mata. Lama kan anak bujang aku tidur?? penat barangkali..:). Selepas Alif bangun, kami pun duduk di ruang tamu melayan tv. Mula-mula tengok channel BBTV, Alif melenggak duk depan tv, tp ibu ni cepat bosan ok..terus saja ambil remote dan tekan button 104.. layan ulangan Diari Akademi Fantasia.. Boleh tengok Hazama.. hehehe.. i like Kawtim...;p .. tetiba perut terasa lapar, terus ke dapur ceduk nasik dah bubuh kicap sikit... Ambil ayam goreng bawah saji dan ceduk kuah sayur kailan ikan masin sikit.. terus pergi bersila di depan tv, Alif pula terus laju duduk disebelah. Dia memang pantang tengok orang makan, mula lah sibuk. Sambil suap ke mulut aku, aku suap jugak ke mulut si dompot.. dapat juga lah dia makan 5-6 suap. Tapi agak malang kerana Alif berjaya pau ayam goreng aku.. drumstick kegemaran pula tu.. tak mengapalah.. demi anak, dari dalam mulut pun ibu sanggup luah bagi.. inikan pula yang di dalam pinggan. Ambil saja lah nak~..


*sikit punya panjang mukadimah.. nie baru nak masuk ke cerita dibawah tajuk emtry sebenarnya.. :)



Sedang sedap2 makan nasi, ayah pun pulang. Dibawa bersamanya seplastik buah rambutan. Tersenyum aku dibuatnya. Memang rambutan adalah buah yang aku paling gemar. Bila nampak saja asben bawa balik rambutan haruslah aku gembira.


"otw nak balik td saya nampak berderet-deret org jual rambutan, terus saya ingat awak.. tu yang saya beli tu.." asben bersuara lepas nampak aku tersengih macam kerang busuk bila ternampak buah rambutan.


"sayang jugak awak kat saya yer?" soalan..saja nak menyakat


" mestilah saayannnggggg"..jawab laki aku sambil kenyit mata..


tetiba dalam hati aku berbunga-bunga , siap ada taman, ada kolam.. and ada ikan emas dalam kolam tue.. hikhikhik.. sebenarnya jarang dia nak mengaku sayang-sayang nie..jap.. jap.. eyh, malam ini malam ahad kan.. ?? bukan malam jumaat kan..?? hehehe ... manalah tahu kalau-kalau suamiku terlupa hari.. ahaks~


Suami aku ni, kalau korang mahu tahu.. dia bukanlah lelaki yg romantik..ayat-ayat jiwang ni dia memang tak mainlah..tengok orang lain panggil abang sayang pun dia dah rasa geli ketiak.. inikan pula kami nak berbahasa ayang-abang.. memang tak lah.. nak dapat seorang Seth Tan dalam diri Amir Hamzah mmg takkan dapat merasalah  aku sampai sudah..hehehe..sejujurnya sejak dari awal hubungan kami lagi.. kami hanya gunakan bahasa saya-awak.. nak bergaduh perang sabil ala-ala kungfu panda pun mmg saya-awak juga. Nak sayang-sayang i lap u ,u lap me pun tetap saya-awak juga. Sangat formal lagaknya kan.. tapi itulah kami.



Tp satu yang aku suka ttg suami aku.. dan aku sentiasa pegang kata-katanya ini....



"saya tidak pandai nak tunjukkan sayang saya pada awak melalui kata-kata.. tapi awak amatilah setiap perbuatan saya, kerana dalam perbuatan saya ... disitulah ada luahan cinta dan sayang saya pada awak"..


Hubby, i luv u so much. forever~



Okbai.

No comments:

Post a Comment