Pengikut Setia

Friday 3 June 2011

Budak Dompot~



Hari ini Alif Rayyan tidak ke sekolah, berbahagia betul si dompot ini bila tidak perlu mandi pagi-pagi dan bersiap untuk ke sekolah. Pagi-pagi lagi sudah bangun ajak ibu bermain.. ayah tidak pula diganggu tidurnya utk diajak bermain-sama-sama. Memang betul anak ayah la budak dompot ini.. Ibu Jeles..Setelah penat bermain, merengek-rengek datang kat ibu minta susu, lepas tu sambung bermain semula. Semenjak dapat kaki, si dompot ini lansung tak reti duduk diam, nak berjalan saja kerjanya. letih nak melayan.  Mandi pun belum sempat lagi, dia dah kembali lena ..kepenatan tawaf satu rumah agaknya .. berjalan dari bilik ke bilik hinggalah ke dapur.





buah hati pengarang jantung saya





pehanya tu..goreng pun sodap.. :)
Nie sekejap lagi, selepas ayah selesai solat jumaat, kami nak keluar jalan-jalan *hari jumaat pun jadi berjalan-jalan.. ;p* cadangnya mahu ke Times Square , bawa Alif jumpa Pak Ngah. Nak claim mainan yang dijanjikan sempena Alif dah boleh berjalan.. Pak Ngah sudah berjanji.. now Alif datang mahu tuntut hadiah.. * dapat pinjamkan ibu enpon HTC Pak Ngah tu sebulan dua pun best jugak tue..;)..p/s: ibu lak yang lebih-lebih ;p *



Sekarang nak pergi bersiap-siaplah sementara dompot ini masih lena.. kalau dia sudah bangun, alamatnya ibu tak sempat bersolek.. keluar berjalan-jalan dengan muka sememeh la jawabnya... hahaha..sampai disini saja aku membebel..



Okbai.

No comments:

Post a Comment