Pengikut Setia

Thursday, 19 May 2011

Kisah Cintaku Episod Akhir

*maaf kerana byk sgt episod.. ;p .. yok smbung bace..theee~


Sejak Amer dan aku kapel, life aku jadi sgt happening,  Setiap 2 minggu pasti kami bertemu..Amer sanggup berulang alik 2 minggu skali dari Kulim ke KL utk lepaskan rindunya pada aku.. Kami jumpe makan2,jalan je taw.. xde wat papepun.. siyes!! pegang tangan pun x.. :) .. dan setelah itu, seluruh keluarga kami telah pun dimaklumkan ttg phubungan kami, .. Mama adalah insan yg paling gembira. Die kan dh berkenan dgn Amer sejak dari awal lagik.. dan nak dijadikan cerita.. pada bulan April, aku mendapat keputusan intebiu yg aku pergi pada penghujung Januari tempohari. aku telah berjaya mendapatkan jawatan itu.. Alhamdulillah.. dan utk pengetahuan korang semua.. intebiu itu adalah intebiu kali yg ke 6 sepanjang hidup aku isi borang SPA 8.. dan intebiu yg sebelum2 tu .. rezeki tak pernah memihak kepada aku.. mungkin post yg aku mohon sblm ini  tak bersesuaian dgn kelulusan yg aku ada.. mungkin..!! dan aku menganggap rezeki yg Tuhan bagi pada aku kali ini adalah sesuatu yg paling bermakna dalam hidup aku pada tahun tersebut.. Die berikan Amer pada aku utk membahagiakan hari2 ku dan berikan aku kerja tetap.. utk aku sara hidup aku dan dpt bantu seluruh ahli keluargaku..Alhamdulillah. Aku ditempatkan di KPDNKK Kuala Selangor dan melaporkan diri bertugas pada 22 Mei 2006.


Pada bulan Disember, 24hb... aku dan Amer telah mengikat tali pertunangan... itupun setelah hampir 10 bln kami declare kapel.. dan setelah aku genap 6 bulan bekerja. Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu dari kedua-dua belah pihak.. kalo mengikutkan  perjanjian hubungan kami akan di rasmikan setelah setahun stgh bergelar tunangan.. bermakna pada Jun 2008 kami akan disatukan jika tiada sebarang aral yg melintang...


Korang nak tahu kisah selanjutnya selepas bertunang...?? nak tahu ke tak nie..?? ok aku ringkas ajelah yer..


Ikatan pertunangan kami berlajutan sehingga ke 2 tahun 3 bulan..lame bukan?? ya.. kami bertunang dalam satu tempoh yg lama.. bukannya kerana tak cukup duit nak kawen cepat.. dan bukan jugak kerana masalah2 org ketiga keempat or kelima.. semuanya bermula semasa 4 bulan pertama kami bergelar tunangan.. mak  Amer di sahkan mengidap kanser payudara.. stage 4.. stage paling kritikal.. dan selama ini beliau merahsiakan penyakit tersebut..  dan sejak dari itu, mak Amer kerap kene tahan di wad.. dan beberapa kali masuk icu kerana keadaannya yg agak kritikal.. Pada Ogos 2007, mak Amer telah selamat menjalani pembendahan membuang sebelah payudaranya yg rosak itu. Dan seterusnya menjalani proses kemoterapi utk memulihkan penyakit beliau.. Dan seperti yg semua sedia maklum, jika penyakit  kanser sudah smpi ke stage 4, maka peluang utk sembuh semula adalah sgt tipis.. dan mungkin penyakit itu telah pun merebak ke seluruh tubuh badan.. dan itulah yg berlaku.. 3 bulan sblm kami melansung kan perkahwinan (jika mengikut perjanjian).. mak Amer telah dimasukkan ke icu.. kerana sistem buah pinggangnya dan jantungnya gagal berfungsi..keaadaannya agak tenat.. saat itu.. yg lebih penting bagi kami semua adalah mak Amer.. hal majlis perkahwinan kami, terpaksa tolak ke tepi dulu.. Berbulan2 mak Amer duk di wad... sehinggalah melewati tarikh perkahwinan kami yg telah dirancangkan.. Tanda2 untuk pulih seperti sudah tidak ada.. Mamaku pun dah mula bising kerana kami terpaksa lanjutkan pertunangan kami lg tp Amer berjaya meyakinkan mama dan ahli keluarga aku.. die berjanji, akan melansungkan perkahwinan kami sebaik saja ibunye sembuh dari penyakit itu..Aku tak kisah sbb kalo bleyh aku pun nak Mak sembuh dan dapat hadir dgn sihat dan gembira di majlis kami. Tp ternyata penantian itu satu penyiksaan..Pada tanggal 13 Ogos, iaitu selepas setahun mak menjalani pembedahan payudara, mak pergi mengadap Ilahi. Mak menghembuskan nafas terkahirnya betul2 depan aku dan Amer.. Malam sebelum pemergiannya, aku dan Amer lah yg menjaga mak di wad. Mak sempat berbisik dgn nafas yg tersekat2 di telinga aku.. "ita, tolong jaga Amer utk mak, mak mintak maaf sbb tak dapat hadir di majlis kamu"..keesokan paginya.. kami menyaksikan sendiri depan mata kami, mak pergi menghembuskan nafasnya yg terakhir..Kami benar2 sedih dgn pemergian mak.. Amer terutamanya.. kerana impiannya nak melihat mak sembuh dan hadir di majlis kami tak kesampaian.. *Al-fatihah buat Arwah Mak.







Arwah Mak dlm kenangan.
Setelah kejadian itu, kedua2 belah pihak pun berbincang semula mengenai tarikh yang sesuai utk melansungkan pernikahan kami.. Dan tarikh 13 Mac 2009 telah dipilih utk kami berdua.. iaitu 7 bulan selepas pemergian arwah Mak.. pada mulanya kami nak lansungkan pada penghujung tahun 2008, tp demi nak menghormati pemergian arwah mak pada tahun itu,, kami ganjakkan ke tahun 2009. Dan pada 13 Mac 2009 tue.. rasmilah kami bergelar suami isteri. .. Berkahwin jugak  akhirnya Herb|e dan Mya_Maisara .. Akhirnya, hubungan kami yg bermula di irc hampir 4 tahun yg lepas telahpun berjaya disatukan.. setelah bermacam-macam dugaan kami terpaksa tempuhi.. Alhamdulillah.. ternyata jodoh kami panjang. setelah 1 tahun 2 hari bergelar suami isteri.. iaitu pada 15hb Mac 2010.. Alif Rayyan Rafiqi pun lahir ke dunia..  dia lah cinta hati kami berdua.. die lah penyeri kehidupan kami.. dan hadiah kepada seluruh ahli keluarga kami.





Dihari persandingan..







Zuriat kami.. :)


~Sekian, Tamatlah Sudah ceritaku ini ~

1 comment:

  1. sangat suka baca blog jue..ni...part arwah mak amir tu ina nangis plak bac....sedih la...

    ReplyDelete