Pengikut Setia

Thursday 19 May 2011

Kisah Cintaku Episod #1

*mendapat ilham dari kisah cinta Mishawads @ Shazz Zulkefley..


Kisah Cinta aku tidaklah sehebat mana kalo nak dibandingkan dgn kisah Laila Majnun, atau cinta Shah jehan terhadap Mumtaznya.. tp bila dikenang-kenangkan kembali, ianya adalah satu kenangan paling manis dalam hidupku...Perkenalan kami bermula di alam cyber,tanpa mengenal wajah .. hanya menaip kate2 di keyboard komputer, kami dipertemukan. Cerita cinta aku mungkin cerita yg agak merepek.. diharap kalian semua sudi membaca sehingga ke titik penamat..


Kisah ini bermula pada sekitar tahun 2005. Mase tu usia aku baru 24thn. Segalanya bermula dengan irc, dulu aku mmg pengujung setia laman irc. Kerja aku yg sering mengadap pc telah memberikan aku byk peluang utk online doplohpatjam..dulu aku selalu park nick di cenel UPM, dan paling lame aku duk chatting akt cenel #MyFilem dan dari irc juga aku mengenali seorang lelaki bernama Extract (nickname di cenel).. kami kenal dari salah satu cenel irc dan sering berchatting dan bermain quiz. Bile dah kerap sgt online, saling bertukar nombor telefon, saling berhubung melalui telefon, hubungan kami menjadi akrab sehingga pada satu ketika.. si Extract yg tinggal di KL sanggup turun ke Ipoh semata-mata ingin bertemu aku.. Pada pertemuan kali pertama, Si Extract sudah mula menunjukkan minatnya pada aku.. dan sudah mula menaburkan kata2 manis.. tp aku yg pada ketika itu tidak pernah berniat utk serius, menelan sahaja kata2 Extract  itu bulat-bulat.. Sebetulnya, sebelum aku mengenali Extract, aku sudah hampir 6 bulan berpisah dgn ex aku, Fendi yg pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aku selama hampir 6 tahun. Perpisahan aku dengan Fendi mmg meninggalkan kesan yg teramat dalam dalam hidup aku, dan utk bercinta lagik.. aku menjadik serik. Dan disebabkan itu jugak, hati aku tak mudah termakan dgn kata-kata manis Extract. Tp demi nak mengisi kebosanan hidup tanpa seorang lelaki yg bergelar kekasih, aku layankan saja si Extract.


Kesan dari pertemuan pertama kali  dgn Extract, ianya berterusan die cenel dan dia kerap menghubungi aku, sering ber-sms bertanyakan khabar. Biasalah sebelum dpt,berusaha sehabis baik utk memancing perasaan aku. Tp aku tak mudah rebah pada kata-kata manis lelaki itu. Hampir 3 bulan aku berkawan rapat dgn Extract tanpa sebarang phubungan yg serius.. kami tidak penah declare hubungan kami as a couple wlupun Extract sering mengakui bahawa aku adalah kekasihnya pd teman2 irc yg lain. Extract penah datang ke rumah aku ketika hari raya bersama sepupu2nya. Katanya die sanggup datang dari jauh demi aku. Die mmg dah mula sayangkan aku.. tp bagi aku, biasa-biasa saja.. Aku masih belum mampu menerima Extract dalam hidup aku utk menggantikan tempat Fendi. Sehingga pada suatu hari, seorang perempuan yg tidak aku kenali telah menghubungi aku. Die mperkenalkan dirinya dgn nama V, dan die mengakui bahawa dia adalah kekasih kepada Extract. Aku tidak terkejut.. sama sekali tidak terperanjat dgn pengakuan V.  V telah menceritakan segala-galanya perihal Extract kepada aku , dan dalam menangis V memohon supaya aku melepaskan Extract kembali kepangkuannya. V sayang sgt dengan Extract, baginya Extract adalah segala-galanya dalam hidupnya. Aku tak sangka selama perkenalan aku dgn Extract, beliau telah merahsiakan ini semua dari aku. Mungkin Extract bimbang aku akan terus menghindarkan diri darinya sekiranya aku dapat tahu yang die sudah mempunyai kekasih. And after talk heart to heart dgn V, aku pun berjanji dgn V yg aku akan mbuatkan Extract kembali kepadanya wlu dengan apa cara sekali pun.. Aku takkan tergamak nak merampas sesuatu yang sudah menjadi milik org lain. Dan itu janji aku pada V.


Dan sejak dari itu, aku cuba menjauhi diri dari Extract, setiap panggilannya tidak aku jawab, setiap sms , jarang aku balas. Kalau aku park nick di cenel yg biasa kami chat pun, aku akan buat tak layan jika Extract PM aku..*Extract mbahasakan dirinya Abang dan sering memanggil aku Ayang.. sedangkan aku sdiri lebih rela mbahasakan diri "orang" dan merelakan diri memanggilnya abang kerana faktor usianya yg lebih tua setahun dari usiaku.. Satu hari Extract PM aku di cenel, " ayang,kenapa dengan ayang nie.. skang ni abang tgk ayang selalu takmo jawab call abang.. sms pun ayang tak balas, kenapa??".. lalu aku jawab.."abang, sudah lah.. tak perlu kita nak berbasa basi lagik kat sini, org dah taw cite sbnrnya, abang kembali lah pada V, kesian die..die sayangkan abang, kenapa abang tak penah citekan kat org yg abang dah ade V? kenapa abang tipu org?? org baru jer nak percaya dengan abang, baru nak cuba terima abang..tp org tak sangka  abg tipu org camni..tp org tak kisah .. mujurlah org tak penah anggap abang lebih dari seorang kawan, selama ni org anggap abang sebagai seorang kawan biase je..tak penah lebih jadi org tak kisah kalo abang kembali ke pangkuan V".. dan aku terus offline.. sejak dari kejadian itu.. setiap sms die aku ignore.. setiap kol die aku matikan...aku mmg bernekad tak mahu berhubung lagik dgn Extract, aku tak mahu terjerat dalam cinta dia lagik. Saban hari die cuba menghubungi aku, di cenel die sering menegur aku tp aku tak penah nak melayan.


Dalam pada aku cuba menjauhi Extract, aku mengenali Herb|e(Amer).*cerita cintaku dgn Amer(Herb|e) baru sahaja nak bermula* Amer adalah seorang chatters juga. Tp sblm nie, kami masing2 nampak nick masing2 park kat cenel jer.. tak penah nak tegor2. Kebetulan Amer adalah #AOP chanel tu so die ade kuasa nak kick mane2 nick yg die rase telah mbuat kecoh kat cenel. Dan pada suatu hari, die dah terlihatkan Extract sedang cuba mencari aku di public cenel..*sape2 yg penah join irc taw lah public cenel tue ape, die umpama macam timeline di twitter, semorang leyh baca ape yg di taip*.. sblm nie Amer mmg tahu yg Extract ada hubungan cinta dengan aku dan Amer juga kenal dengan V kerana V jugak chatter di chanel tu sblm nie *V berkenalan dan bercinta dgn Extract di cenel tu jugak, tp itu berlaku sblm aku mula menjinak2kan diri di cenel tue, sbb tu aku tak penah tau yg Extract ade awek bernama V .. dan kebetulan Amer juga kenal beberapa org chatters yg mengenali Extract..kiranya Amer adalah otai di cenel itu. Jadik die mmg tahu si Extract ni adalah seorang kasanova di cenel tu... So hari tu, bile Extract terjeritkan nama aku di public cenel (nick aku mya_maisara) .. Amer pun bersuara " kalau nak bercinta pg lah PM, janganlah kecoh2 kat sini ,. org lain pun nak chat jugak, takyah nak gado ksah umah tangga kat sini" aku yang pada ketika itu ada di cenel ternampakkan status Amer. Aku terus PM beliau.. aku ceritakan hal sbnr pada Amer yg aku bukanlah awek kepada Extract. Sejak dari perbualan kami itu, aku selalu menegur (PM) Amer jika aku online. Aku juga mengenali aweks Amer, Grac|eArabe||a.. yg juga chatter di satu cenel yg lain. Dan oleh kerana rimas dgn Extract yg hari-hari memujuk rayu meminta aku kembali kepadanya, aku pn mendapat idea dgn meminta bantuan Amer utk menyamar menjadi bf aku yang baru. kami sering berlagak dan berlakon yg konon2nya kami dah bercinta di cenel public.. ape yg kami taip.. kata-kata kami, semua chatter lain dapat membaca, kiranya hubungan cinta kami tiada rahsia lagik. Sebenarnya semua itu sengaja aku rancangkan demi nak menjauhi Extract dari hidup aku. Aku nak die tahu yang aku sudah pun ada  orang lain. Dan sebagai #AOP chanel, tiada sape yg bleyh sound Amer bercinta di public.. kang kene banned..hahaha..dan setelah beberapa ketika berlakon menjadi pasangan kekasih di cenel..Si Extract pun tunduk mengalah...*amboih dah macam tajuk lagu..hiks~.. dan dari penyamaran sebagai sepasang kekasih di cenel.. aku dgn Amer jadik rapat. maksud aku kawan rapat.. kami selalu berkongsi cerita.. Aku senang berkawan dgn Amer wlupun perhubungan kami hanyalah di internet saja dan sesekali berlanjutan die telefon, kalo tak call kami akan saling ber-sms..tidak penah berpeluang utk bersua muka.. aku dan Amer hanya mengenali wajah masing2 hanya melalui Myspace ..Ye, aku tahu Amer dah ade gf, tp aku sekadar berkawan.. takde niat lebih drpd itu.. 


Dan pada September 2005, kami terlost contact.. Itupun sbb Amer dah tak rajin online semenjak die terpaksa bertugas di utara semenanjung.. Dan aku pula terpaksa berhijrah ke KL kerana dapat tawaran kerja di kl , dan aku tinggal bersama kakak sedaraku di Putrajaya. Hampir 3 bulan lebih kami tidak berhubung. Mungkin masing2 sibuk. Dan mungkin kerana hubungan kami adalah sekadar kawan biasa.. jadi tidak menjadi satu keutamaan bagi Amer utk melayan aku setiap masa.*So mean*.. Dan sehinggalah ke malam sambutan Tahun Baru 2006, Amir tetibe menghubungi aku semula. Masa tu jam dah pukul 1 pagi dan aku baru saja merebahkan diri nak melelapkan mata. So aku ignore je panggilan dari Amer tu. Kalau betul dia ade hal penting nak diperkatakan, tentu dia akan sms aku.. tp tidak ade satu sms pun yg yg aku terima.. Maknenya, xde ape lah tue..Seminggu selepas itu , Amer call aku lagi. Dan kali ini aku mjawab panggilannya..Dalam perbualan kami, aku ceritakan pada Amer ttg penghijrahan aku ke kl.. dan ternyata Amer gembira dgn berita itu. Dan dia mengajak aku utk bertemu. Pada mulanya aku agak2 was2 utk berjumpa kerana aku sedar status Amer yg sudah ade GF, so x sedap lah pulak rasa hati utk keluar bertemu. Tapi Amer masih juga bersungguh-sungguh nak mengajak aku berjumpa.. 


Dan akhirnya pada 22 January aku keluar juga berjumpa dgnnya. Kebetulan tarikh itu adalah  tarikh lahir aku dan Amer menggunakan alasan itu utk mengajak aku bertemu, kununnya nak belanja aku makan sempena harijadi aku. Dan dengan tak semena-mena aku pun boleh setuju. So, malam tu kami membuat temujanji utk berjumpa akhirnya setelah hampir 7 bulan mengenali hati budi masing2 melalui online sahaja. Dalam hati aku jadi serba tak kene, aku tak tahu kenapa perasaan itu wujud.. Masa nak bersiap2 bertemu Amer, aku jadik gelisah, nak pakai baju apapun aku tak tahu.. beberapa helai baju telah aku test, tp rasa macam masih ada tak kene, almaklumlah pertama kali nak dating..dan akhirnya aku mengenakan skirt labuh berwarna putih, t-shirt MNG kaler putih juga, bertudung kaler cream dan menyarungkan cardigan hitam diluarnya.Temujanji kami adalah pada jam 9 mlm, dan malam itu Amer datang menjemput aku. Mase aku  berjalan mendekati kereta Amer, die dah siap sedia menunggu di luar keretanya. Aku mmg tak berapa cam Amer pada ketika itu sbb slama ini hanya melihat gambarnya saja di Myspace. Begitu juga Amer. Dan bile aku menyapanya "Amer ke?" die terus tersenyum dan mengangguk lalu membukakan pintu kereta utk aku masuk. Pendapat aku, Amer adalah seorang yg comel, wajahnya bersih dan soft spoken. Dan die gentleman jugak *sbb bukak pintu utk aku* .. malam itu kami ke Sate Kajang, Amer belanja... ofkos lah Amer kene belanja, dah sah2 die gunekan alasan nak belanja aku makan kan,. Kami tak berbual semesra seperti di dalam irc dan di telefon. Aku pun tak tahu kenapa malam itu kami banyak mendiamkan diri dari berbicara. Amer hanya kerap memandang aku.. dan bile aku pandang padanya semula die hanya tersenyum, Kenapa dgn mamat nie?? getus hati aku..tp sbnrnya renungannya itu telah berjaya membuatkan jantung aku berdegup pantas..oh!kenapakah agaknya..selepas selesai makan, Amer bawak aku pusing2 kl.. aku sbnrnya dah mengantuk sbb waktu itu jam dah pun hampir pukul 12tgh malam. Mentang2 lah aku duk umah bujang, 1st time jumpa pun kau dah berani angkut aku smpi lewat malam ye mamat. Aku pun satu, kenapa duk ikut jer..miang..dan dalam pukul 1pg die hantar aku balik umah..Sepanjang pertemuan kami malam itu, tak banyak yg kami borakkan, masing2 banyak berdiam dan hanya tersenyum.. dah macam ape je dah. Dah macam org bisu bercinta je lagaknye.. 


**to be continue...

No comments:

Post a Comment