Pengikut Setia

Thursday, 3 March 2011

Cabaran Hari Ketiga :: Cinta Pertamaku

Gambar sekadar Hiasan

.

.


Cabaran Hari Ketiga :: My 1st Love

__________________________________________________________________


Uhh ! tetibe malew plak nak bercerita..
dan tetibe jugak diriku dibawa terbang kembali ke saat itu..
indah sungguh perasaan ketika itu..
mase tue.. umur aku baru 17thn..
masih dalam form 5,
perkenalan kami bermula di Food Court, Ipoh Parade..
ketika itu .. aku baru saja pulang dari tuisyen
kebetulan aku ke sana menemani seorang kawanku utk pergi membeli buku
selepas selesai mbeli buku.. kami singgah minum2 di Food court tue..
di situlah bermula segalanya..
apabila secara tibe2.. muncul seorang lelaki
datang menghulurkan salam perkenalan..
aku pada mulanya agak terkedu dgn ke'gentleman lelaki itu.
sejujurnya.. aku mmg pernah melihat lelaki itu..
die sbnrnya adalah salah seorang student yg sama2 belajar di tempat tuisyen aku.
tp kelas kami berasingan.. dan sebelum ini kami mmg tak pernah btegor sapa.
bukannya sombong.. cuma.. aku tidaklah terlalu peramah juga..

.

.

si lelaki mperkenalkan dirinya sbg 'Boy'
salam pkenalannya kami sambut dgn hati terbuka..
org nak berkawan.. apa salahnya..kan..
dari situlah segalanya bermula..
kami bertukar nombor telefon dan saling berkongsi cerita..
aku tidak menyangka yg 'Boy' sudah lama memerhatikan aku..
die mengaku.. meminatiku dalam diam selama ini.
rupa-rupanya die mberanikan diri datang menemuiku
setelah dipaksa oleh beberapa org kawannya.
hendak seribu daya.. tak hendak macam2 lah dalihnya.. kan..
kalo dah memang hati tu rase ndak kat aku.. ngaku je lah..
xperlu bagi alasan itu ini.. betol tak..?? hehehe

.

.

Boy pada aku.. seorang yg sgt soft spoken..
die sgt caring dan loving
sedikit demi sedikit.. aku mula menyukainya..
malah mula menyayanginya
'Boy' seorang lelaki yg mempunyai ciri2 lengkap lelaki idamanku saat itu
dia tinggi, chinese look dan bermata setim *mate redup
perkenalan kami yg asalnya bermula atas dasar kawan..
menjadi lebih serius sehingga kami declare utk kapel.
febuari 1998 *tarikhnya aku tak ingat..rasmilah aku menjadi aweks Boy
sejak declare kapel.. kami makin kerap berhubung..
wlupun skolah kami lain2.. peluang utk bertemu di tempat tuisyen pd hujung minggu..
adalah sgt2 dinanti-nantikan..
*mampos aku kalo mama tahu..ahaks
kebiasaannya.. kami akan detim selepas waktu tuisyen..
di mana lagi kalo tidak di Ipoh Parade.
tempat sejarah cinta kami bermula.
kami jalan2, minum2, makan2.
budak2 bercinta.. macam tu je lah..
penah jugak sesekali pegi berkelah di Ulu Chepor dgn kawan2 yg lain..
dan ade jugak sesekali menonton wayang bersama..
selebihnya kami lebih byk berhubung di telefon.
setiap hari 'Boy' akan menelefon aku..
tak pernah missed.. kecuali ade hal yg tak dapat dielakkan..
'Boy' jugak rajin mengirimkan aku surat2 cinta..
die mmg seorang yg pandai bermain dgn kata-kata.
oh ! saat itu aku rasa aku betol2 dah jatuh cinta..
sayang sungguh aku pada 'Boy' mase tu..
kalo sehari x dengar suaranya.. aku jadik rindu..
kalo seminggu x bertemu dgnnya.. aku jadi haru
hebat betol penangan cinta pertama..

.

.

tp cinta kami tak kekal lame..
pada 14 Febuari 1999..
hubungan kami terputus dalam keadaan yg agak menyedihkan bagi aku..
14 Febuari .. Valentine Day tue..
secara tiba2..Boy menghubungiku dan meminta utk memutuskan hubungan..
aku mmg sgt terkejut..sukar utk menerima kenyataan..
kami mmg tak penah ade masalah sblm itu..
percintaan kami sungguh indah..
sebenarnya tiada sebab utk kami terpisah..
tp.. apakan daya.. kami terpisah jua...
semuanya gara-gara exgurl Boy yg muncul kembali dalam hidupnya..
mereka kembali menjalinkan cinta setelah kami tamat persekolahan
dan ketika itu kami sedang menunggu keputusan SPM keluar
* aku malas nak bercerita panjang ttg perpisahan kami
sbb semua itu dah tak berkesan dihati aku..

.

.

semenjak berpisah dgn Boy
aku mmg dah xde hati utk bercinta lagik..
walaupun cinta aku dgn Boy bleyh dianggap sbg Cinta Monyet..
tp perpisahan kami sgt meninggalkan kesan dalam hidup aku..
aku seolah-olah serik utk bercinta lagi
sukar utk percaya pada lelaki..
kalopun ada lelaki wujud dalam hidup aku selepas itu..
hanyalah sekadar kawan2 biasa sahaja..
xkan pernah lebih dari itu...
sehinggalah aku bertemu dgn Amer pd tahun 2005 * suamiku sekarang
cinta kami cinta kilat..
dari sekali pandang hati sudah terpaut..
setelah 10 bulan kapel.. kami mengikat tali pertunangan iaitu pada Dis 2006
pelbagai dugaan kami terpaksa tempuh sepanjang pertunangan..
hingga memaksa kami memanjangkan tempoh pertunangan sehingga 2 tahun stgh
dan pada 13 Mac 2009.. kami telah disatukan..
bulan ini.. pada 13.03.2011.. genaplah 2 tahun kami idup sbg suami isteri..
dan pada 15.03.2011 jugak.. genaplah setahun kami bergelar ibu dan bapa
kepada Alif Rayyan Rafiqi
ini lah cinta sejatiku
dulu, kini dalam selamanya



** Boy kini berada di Sarawak..
menjadi seorang pendidik di IPTA di sana.
skang die dahpun bkawen dan beranak satu
die kawen dgn exgurlnya tu lah..
dah memang jodoh dorang..
kita hanya merancang.. Tuhan yg menentukan..
kan.. :)

No comments:

Post a Comment