Pengikut Setia

Wednesday 25 August 2010

Epilog~



Sayangku..
Maaf.. kerana masih belum mampu melupakan sejarah itu..
Maaf.. kerana masih gagal utk mempercayaimu..
Maaf.. kerana hati ini terlalu halus utk kau lukai..
Maaf.. kerana adakalanya aku sering mencurigai..
Maaf.. kerana aku kini menangis di dalam hati..

Oh Tuhanku,
berikanlah aku sedikit kekuatan..
jauhkan aku dari hasutan syaitan..
janganlah biarkan aku mencurigainya lagi..
janganlah biarkan aku kenangkan semua itu lagi..
biarkanlah semua kenangan pahit itu berlalu pergi..
biarkanlah segala curiga ini lupus dari hati..

Oh Tuhanku,
sesungguhnya aku terlalu menyayangi..
tak dapat ku bayangkan jika dia pergi..
pasti akan luluh jiwa dan raga ku ini..
biarlah dia tetap disini..
biarlah dia sentiasa disisi..
biarlah dia kekal utk ku miliki..


~Epilog Syurga Cinta Jue Amer~

1 comment:

  1. salam ramadhan 15

    singgah sini lama tak singgah sini hehehe

    ReplyDelete