Pengikut Setia

Monday 1 February 2010

Tips Menangani bengkak kaki semasa hamil..

hari ini aku ingin berkongsi tips untuk menangani masalah bengkak kaki sewaktu hamil.

Masalah bengkak kaki sewaktu hamil sebenarnya adalah antara masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang sedang mengandung. Kaki biasanya akan lebih membengkak apabila kandungan telah memasuki trimester ketiga fasa kehamilan. He..he… teringat kata-kata kawan aku semasa kaki dia tengah bengkak dulu “rasa macam kaki gajah plak kaki aku ni!”

Kaki bengkak ni sebenarnya disebabkan oleh lebihan air didalam badan sewaktu mengandung. Tapi biasanya masalah ni akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin. Tapi sementara nak beranak tu, sempat jugalah upgrade saiz kasut dulu :)

Tips berikut boleh membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki sewaktu mengandung :

1. Elakkan dari berdiri terlalu lama

2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…

3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

Sekian, Terima kasih...

2 comments:

  1. cramp kaki adalah perkara paling menyampah waktu mengandung..huhuhu

    ReplyDelete
  2. thanx god..sepanjang dah masuk 8 bulan nie..baru sekali je merasa..tu pun mase 4 bulan dulu..pastu lansung xde dah..hihihi..hopefully takkan rase lagik..sakit wooooo..

    ReplyDelete