Pengikut Setia

Tuesday, 26 January 2010

Lagi info tentang Hipertensi...

DEFINISI
Tekanan Darah Tinggi (hipertensi) adalah suatu peningkatan tekanan darah di dalam arteri.

Secara umum, hipertensi merupakan suatu keadaan tanpa gejala, di mana tekanan yang tinggi di dalam arteri menyebabkan meningkatnya rasiko terhadap stroke, aneurisma, gagal jantung, serangan jantung dan kerosakan ginjal.

Ukuran Tekanan Darah

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:-

120 / 80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Dikatakan tekanan darah tinggi jika tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, atau tekanan diastolik mencapai 90 mmHg atau lebih, atau keduanya. Pada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik.

Pada hipertensi sistolik terisolasi, tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, tetapi tekanan diastolik kurang dari 90 mmHg dan tekanan diastolik masih dalam normal. Hipertensi ini sering terjadi pada usia lanjut.

Apabila usia semakin lanjut, hampir setiap orang mengalami kenaikan tekanan darah; tekanan sistolik terus meningkat sehingga usia 80 tahun sementara tekanan diastolik terus meningkat sehingga usia 55-60 tahun, kemudian berkurang secara perlahan atau menurun secara drastik.


Klasifikasi Tekanan Darah bagi orang dewasa

Kategori =TekananDarah Sistolik / Tekanan Darah Diastolik
Normal= Dibawah 130 mmHg / Dibawah 85 mmH

Normal tinggi =130-139 mmHg / 85-89 mmHg

Stadium 1
(Hipertensi ringan) = 140-159 mmHg / 90-99 mmHg

Stadium 2
(Hipertensi sedang)= 160-179 mmHg / 100-109 mmHg

Stadium 3
(Hipertensi berat)= 180-209 mmHg / 110-119 mmHg

Stadium 4
(Hipertensi maligna) = 210mmHg atau lebih / 120 mmHg atau lebih

**(yg ber "bold" kaler merah tu la tahap BP aku skang)


PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI

Hampir 90% pengidap hipertensi, penyebabnya tidak diketahui dan keadaan ini dikenal sebagai hipertensi esensial atau hipertensi primer. Hipertensi esensial kemungkinan memiliki banyak penyebab; beberapa perubahan pada jantung dan pembuluh darah kemungkinan bersama-sama menyebabkan meningkatnya tekanan darah.

Penyebab hipertensi lainnya yang jarang berlaku adalah feokromositoma, iaitu tumor pada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon epinefrin (adrenalin) atau norepinefrin (noradrenalin).

Kegemukan (Obesiti), gaya hidup yang tidak aktif (kurang senaman), stres, ketagihan alkohol atau terlebih garam dalam makanan adalah antara penyumbang terjadinya hipertensi. Stres juga cenderung menyebabkan kenaikan tekanan darah untuk sementara waktu, jika stres telah berlalu, maka tekanan darah biasanya akan kembali normal.

AKIBAT TEKANAN DARAH TINGGI

Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:

*Serangan jantung
*Angin ahmar
*Kegagalan jantung
*Kerosakan buah pinggang

No comments:

Post a Comment