Pengikut Setia

Sunday, 13 September 2009

Apa nak jadi la ....


“Masalah ini mula Nana hidu sejak bulan lima tahun ini juga namun Nana kuatkan hati kerana sayangkan keluarga kami. Sudah sebulan tidak sebumbung dan akhirnya kami sepakat mencapai kata putus. Memang banyak Nana dengar gosip mengenai orang ketiga dalam rumahtangga kami namun ia tidak benar sama sekali. Nana banyak kali buat solat meminta petunjuk dan bayangan yang diterima tetap sama. Dia semakin jauh daripada Nana.

Dia terlalu sibuk dengan shooting dan apabila balik, Nana dan Rayyan sudah pun tidur so kurang komunikasi di situ. Sejak awal perkahwinan kami memang selalu berbalah dari segi pendapat namun kami tetap berusaha menjaga keutuhan hubungan ini. Memang orang kata tahun ketiga perkahwinan banyak dugaannya, namun Nana serahkan semuanya pada takdir atas apa yang berlaku,” katanya yang memfailkan cerai di Seremban.

“Sebenarnya dia dah lafaz ceraikan Nana sebanyak dua kali dalam bulan yang sama iaitu bulan Ogos yang lalu, kali pertama tu dia ceraikan Nana dengan talak satu, tetapi kami rujuk kembali secara bersendirian dan pada hujung Ogos dia lafazkan lagi sekali dengan talak dua.

8 comments:

  1. assalamualaikum..lama tk kemari....hua..sekali gosip2 artis daa...huhu...selamat pose kak...

    ReplyDelete
  2. hmmm. tu la, laki dia bz sgt, msti la zda masa bermesra. hihihi. hmm. cian gak kt nana ni

    ReplyDelete
  3. ni bukan stakat gosip..ni kisah benar dan nyata..

    aduyaii..nape la senang2 je nak bercerai...tak kesian lansung kat anak ke..??

    mintak2 dijauhkan..

    ReplyDelete
  4. salam kak jue..

    jangan lupa datang blog amik kad raya yeee...

    selamat hari raya..

    jaga diri..

    ReplyDelete
  5. jue-susah nak ckp bab kawin cerai ni.kesian jugak kat nana nih even aku bkn minat pun.dah nama pun perempuan kan...mcm arni nazira sume tuh.apa2 pun doakan lah nana dgn anak dia ni bahagia lah hendaknye.dia sama mcm kita, kaum hawa.

    ReplyDelete
  6. la..kesian dua beranak tu..diorang ni couple yg comel la..muka nak sama..tapi lastly mcm ni pulak..apa daaaa

    ReplyDelete
  7. so..jangan percaya kalo ade yg kate wajah seiras tu jodoh panjang..semuanya kehendak Tuhan..xde sape leh ubah takdir..

    Kesian kat nana..~

    ReplyDelete