Pengikut Setia

Sunday 30 November 2008

Tips Jalinan Persahabatan Yg Baik..



1.Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan mengetepikan orang yg lansung tidak mempunyai persamaan dgn anda,sikap berbuka baik untuk anda.

2.Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu brlaku baik terhadap org lain sebagaimana anda suka diperlakukan.Sekiranya anda menghormati org lain,org lain akan menghormati anda juga.

3.Sedarlah bahawa tiada siapa yg sempurna,setiap org mempunyai sifat sifat yg aneh dan kecacatan,dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik

4.Hargai persahabatan antara satu sama lain

5.Sedarlah bahawa kawan yg rapat sekali pun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat minat yg lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat minat yg lain juga

6.Komunikasi sangat penting,kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yg menjejaskan persahabatan anda,berbincanglah

7.Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda.Kawan yg baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka,tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan....dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula

8.Belajar daripada satu sama lain..

9.Jangan mengata dibelakang kawan anda..

10.Pilih kata kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

No comments:

Post a Comment