Pengikut Setia

Thursday, 1 December 2011

Belum Tiba Masanya..

Yer.. sehingga ke hari ini aku masih belum dtg period lagi..dah 5 hari berlalu dari tarikh sepatutnya..  aku tidaklah mengharap akan adanya keajaiban.. cuma sekadar risau ttg period yg tak kunjung tiba.. Simptom-simptom nak period,ekceli  2 minggu sblm tarikh sepatutnya .. dahpun melanda diri. Sakit kepala, kembung perut, breast tender, sakit pinggang.. semuanya ada.. tp masalahnya .. smpi hari nie ia belum jua kunjung tiba.. :(

Sesungguhnya aku tidak mengharap sgt utk dpt berita gembira atau mendapat keputusan positif dalam ujian kehamilan.. tidak sama sekali.. Sejujurnya.. aku  masih belum bersedia. Ya,aku sgt tak bersedia dari segi mental dan fizikal..Bukan masalah kewangan yg menjadi kebimbangan aku.. aku tahu, setiap anak ada rezekinya sendiri.. dan wat masa sekarang, rasanya kami masih mampu jika ditakdirkan nak dapat anak lagi.. tp serius.. aku tak bersedia dari segi mental dan fizikal. Rasanya aku belum cukup kuat, tabah dan sabar nak menghadapi kerenah anak yg adakalanya betol2 mencabar kesabaran.. Ya, itulah masalah aku yang sebenarnya..

Aku rasa, aku bukanlah seorang ibu yg kejam.. tp tidaklah pula seorang ibu yg cukup penyabar. Aku seorang yg baran.. dalam ertikata yg lain; cepat marah. Itulah kelemahan dan sifat buruk aku. Nobody's perfect kan.. so jgn lah disangka dari muka cool aku, aku nie sorang yg penyabar.. sabar aku sabar berbatas. Nak menghadapi perangai anak lelaki aku yg sorang nie  pun dah wat aku hampir2 ilang pedoman, inikan pula  nak di tambahkan lagi sorang dua.. No!.. rasanya belum sesuai  utk aku menambah anak selagi aku belum berjaya menjadi seorang yg lebih penyabar.. Alif seorang budak yg pandai berdikari, die mampu bermain sendiri tanpa perhatian kami ibu ayah sepenuhnya jika di rumah.. Dia juga kekadang pandai bermanja .. tp selebihnya banyak mengada-ngada. Budak-budak kan.. mmg camtulah sifatnya.. tp bila datang mengada-mengadanya yg melampau, smpi tahap taburkan lantai rumah dgn makanan ikan selepas aku siap mengemop dan menyapu lantai.. taburkan kain baju yg aku dah siap lipat, buang mainan termasuk remote tv dari tingkat 4 ke bawah.. tuangkan minyak gamat ke lantai, tumpahkan susu kat speaker tv, taburkan sabuh basuh kat lantai dapur, sepahkan kabinet bawah dapur,, kuarkan duit dari purse ibu dan taburkan merata-rata,hempaskan handphone ibu dan ayah sesuka hati, dan sepahkan kasut2 yg ada dlm kabinet kasut.. mmg mebuatkan aku ilang sabar.. nak2 bila ianya berlaku bila aku tgh penat n perlukan rehat.. Mmg naik lah rotan kat tapak kakinya tue.. itu pun bila kemarahan dah memuncak. Kadang-kadang, aku cuba sabarkan diri sdiri,, cakap dgn diri sendiri..'sabar jue, die budak2 lg,mmg camtu la karenahnya dan die tu anak ko.. ko kene ingat tue.. jgn smpi bertindak diluar kewarasan'.. sebab itulah end upnya.. aku akan jadi tarzan kat umah nie,jeritkan anak bile terlalu marah. Astagfirullahhal'azim..

Dan bila memikirkan hal sebegini, aku rasa aku perlu belajar utk lebih bersabar dan tabah menghadapi perangai anak yg sorang nie.. Dan bukannya duk sibuk nak rase teringin2 nak tambah anak, nak berlumba-lumba nak buat anak bile tgk kawan2 seperjuangan dah mula menapak lebih selangkah.. sedangkan yg sorang nie pun aku rasa aku masih gagal nk handle lg, inikan pula nak ade 2. Betul kata ayah Alif.. " awak belum sesuai nk tambah anak lagi wat masa skang ni "  sebelum nie aku rasa agak kecik ati bila asben cakap camtu, dalam hati terdetik,, apa kurangnya aku?.. aku masih boleh jaga anak ape? masih mampu nak tanggung anak2 aku ape?.. tp skang.. bila di fikirkan semula dan bile dah di explore seluruh kemampuan aku.. aku setuju dgn kata-kata asben aku.. aku mmg belum sesuai nak jadi ibu beranak ramai dalam mase sekarang ini. Mungkin bila Alif dah besar sket.. dah leyh dengar kata, dan dah bleyh diharap.. barulah kami  boleh menambah anak.. InsyaAllah..

So kesimpulannya .. aku lansung tidak terasa hati berbunga-bunga bila periodku kali ni masih belum kunjung tiba. Aku sgt berharap ia akan datang menjelmakan diri seperti biasa. Lagipun aku mmg takde planning apa2..  Tp seandainya petanda tak dtg period ini membawa kepada berita yg diri aku hamil.. aku tetap terima dgn hati terbuka.. dan aku berdoa semoga Allah berikan aku kekuatan dan tingkatkan tahap kesabaran dalam diri aku sebagai seorang ibu demi menghadapi dugaan yg lebih mencabar jika dah beranak 2 nanti.. *sekarang ni pun aku sgt berharap supaya Allah kuatkan hati aku.. dan tingkatkan kesabaran aku dalam menghadapi anak yg sorang ini*



** dah pun wat test semalam.. dan ianya adalah negative.. rase lega sgt2.. dah kini hanya menantikan Ms Flo tu datang je.. "kemon bebeh.. come to momma :) "

2 comments:

  1. ala, baru rasa nak lompat2..:)

    ReplyDelete
  2. Jue, ni serius Aishah punya pengalaman tau.

    Aishah pon bukanlah seorang yang penyabar. Serius memang baran punya orang. Masa baru dapat Nashriq, asyik menjerit je sebab tak cukup rehat. Yang jadi mangsa, tentulah suami dan Nashriq sendiri.

    Sampai satu tahap, Nashriq lebih manja dengan suami dari Aishah. Kadang kecik hati jugak. Tapi kadang suka sebab Aishah tak yah susah-susah nak tidurkan dia apa. Semua dia nak kat Ayah dia aje.

    Sampailah Aishah disahkan mengandung, Aishah stress gila. Asyik menangis. Memang down sangatlah. Satu anak tak terhandle, macam mana nak handle lagi satu? Kan?

    Tapi agaknya, Allah nak kasi lorong, sifat Aishah berubah sikit demi sikit. Kalau dulu, rasa nak mengamuk tengok rumah bersepah, tapi sekarang boleh amik nafas, berlalu kejap dan datang balik kemas perlahan-lahan. Nashriq tumpahkan tempat habuk rokok Ayah dia sampai habis karpet pon, Aishah senyap aje. Sampai suami pon pelik.

    Kadang-kadang, perubahan positif tu datang dalam satu pakej yang besar. Mungkin bila Jue expecting adik Alif, Jue pon akan mula jadi orang yang sabar.

    Tapi walau apa pon, semua rezeki dari Allah. Cepat, lambat, sedia atau tak sedia, semuanya hanya Dia yang tahu.

    ReplyDelete